Tip jika tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama wajib letak duit siling dalam freezer, tak kiralah berapa sen pun.
Ini bukan cerita untuk ‘beranakkan duit’ atau elak ilmu hitam. Sebaliknya untuk memastikan keselamatan makanan dalam peti sejuk bila kita pergi bercuti dan tinggalkan rumah dua hari atau lebih.
Petua ini dikongsi oleh netizen di Facebook dan ia memang wajib kita amalkan kalau pergi bercuti. Dan ada penjelasan yang amat logik mengapa kita perlu lakukannya.
Bila kita tinggalkan rumah dalam tempoh lama untuk pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya ada kemungkinan ketika itu berlaku gangguan bekalan elektrik. Perkara ini takkan kita tahu.
Kalau gangguan hanya dua atau tiga jam ia mungkin tak memberi kesan. Ia juga tidak datangkan masalah pada alatan seperti lampu, tv, kipas dan sebagainya kerana biasanya kita akan memadamkannya.
Tapi ia akan memberi kesan kepada makanan yang ada dalam freezer seperti ayam, ikan, daging, lauk pauk dan makanan sejuk beku yang kita simpan.
Lebih-lebih lagi kalau gangguan bekalan elektrik itu berlaku dalam tempoh yang lama mungkin setengah atau satu hari. Makanan dalam freezer ini bila sudah cair dan terdedah lama sudah tentu tidak elok untuk kita makan.
Macam mana kita nak tahu dan nak elak dari makan makanan yang sudah rosak ini?
Inilah gunanya letak duit syiling dalam freezer. Ia akan memberitahu kita berapa lama peti sejuk terpadam.