Salah satu tip untuk turunkan berat badan yang paling popular tapi berkesan adalah minum teh hijau.
Disebabkan itu ramai yang mengamalkannya. Tapi jangan amal sebarangan kena tahu waktu yang betul untuk mengambilnya. Barulah ada kesan pada penurunan berat badan.
Hanya 2-3 cawan sehari
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Minum 30-45 minit sebelum atau selepas makan
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Ads
Jangan minum waktu malam
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Kena banyak minum air
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.
Kereta dah cuci bersih kereta, dah spray bagai tapi anak lipas tetap ada. Bukan sikit banyak pulak tu. Sampai terkejut dibuatnya bila tiba-tiba muncul kat stereng kereta.
Kalau dah usaha macam-macam tapi tak setel juga masalah lipas yang beranak pinak boleh cuba pula kaedah perkongsian Wajihah Derus Bilis Sabah.
Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
Umpan lipas alam kereta
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan -Susu pekat -Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.
Selain kesan kuning pada bahagian ketiak, pakaian putih atau berwarna cerah yang lama tersimpan selalunya akan mempunyai tanda kekuningan pada bahagian lipatan. Kesan ini memang susah nak dihilangkan walaupun dah dibasuh berulang kali.
Biasanya akan kita sisih dan kemudian buang saja baju yang ada kesan ini. Tapi sebenarnya ada saja cara nak hilangnya supaya dapat dipakai semula malah nampak seperti baru.
Hanya tiga bahan yang diperlukan:
1/2 cawan baking soda
1 sudu besar garam
1 biji lemon (diambil jusnya)
Cara-caranya:
1) Masukkan baking soda dan garam ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit jus lemon.
2) Kacau campuran sampai jadi pes.
3) Sentalkan pes ini pada bahagian ketika baju. Sental hingga kesan hilang dan bBilas macam biasa.
4) Kemudian boleh basuh baju menggunakan sabun untuk lebih harum. Hasilnya pakaian akan kembali bersih.
Cucur udang antara hidangan petang yang selalu ada atas meja. Tak kiralah beli atau buat sendiri tapi makan dengan sos cili atau kuah kacang memang syok.
Tapi satu yang buat ‘spoil’ bila cucur udang ini berminyak sangat. Tekan cucur nampak minyaknya. Kita tahu kan makanan macam ni tak elok sangat.
Jadi bagi memastikan cucur udang yang kita buat tak serap minyak boleh ikut tip yang dikongsi oleh Tyra Manan.
Cara buat cucur udang tak serap minyak
Bahan-bahan:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Tauge – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
Cara membuat adunan cucur:
Campurkan semua bahan kemudian perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tapi tak berapa sedap, cucur jadi keras.
Lagi satu inilah rahsia cucur kembung tapi tak serap minyak. Perap saja memandangkan kita tak guna baking powder.
Kalau suka sayur banyak, boleh tambah lagi masa nak goreng.
Cara menggoreng
Panaskan 2 kuali, 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
2. Bila senduk dah panas, tuangkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang di atasnya. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng. (Jangan ceduk adunan dengan senduk yang panas, guna senduk lain untuk tuang adunan).
3. Goreng sampai garing warna coklat keemasan.
Ok siap! Makan dengan sos memang layan betul.
Cara buat sos
Bahan-bahan:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara membuat:
Rebus cili & bawang putih kemudian kisar sampai hancur.
Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka.
Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...