Bilik Tak Cukup, Ibu Kreatif Ini Bina ‘Rumah Dalam Rumah’ Jadi Bilik Untuk Anak Lelaki

Share

Ramai kalangan kita yang menduduki kediaman kecil dan ada juga tak cukup bilik untuk menempatkan anak-anak. Selalunya anak lelakilah yang kena ‘berkorban’ ambil tempat di luar.

Menghadapi situasi hampir sama, tapi ibu kreatif Nazira Noran

tetap mahu memberikan anak lelakinya ruang yang selesa. Lalu berpandukan idea dari Pinterest beliau membina ‘rumah dalam rumah’ jadi bilik dan ruang privacy anaknya itu. Tengoklah hasilnya comel sungguh!

Jika terinspirasi dengan idea ini, boleh baca perkongsian beliau untuk jadi rujukan.

Rumah dalam rumah ini bilik anak lelaki saya

Rumah dalam rumah ni sebenarnya bilik anak lelaki saya. Ada ruang privacy, bilik study dan katil di atas untuk dia tidur.

Rumah asal saya ni kecil, ada 2 bilik tidur saja, jadi saya dapat ilham dari beberapa gambar di pinterest. Takde atap sebab takut panas.

Upah tukang buat rumah ni, guna kayu jenis pine. Kemudian kerja mengecat dan menghias, saya buat sendiri. Barang-barang lain dan aksesori semua dibeli melalui Lazada dan Shopee.

Semoga bermanfaat

Sumber: Nazira Noran via Tiny House Malaysia

Published by
VK