Biskut Mazola memang klasik! Rangup di luar, cair di mulut, dan bau wangi kacang yang memikat. Nak buat sendiri di rumah? Ini resipi mudah yang dikongsi oleh penjual biskut sendiri. Confirm jadi!
Cara buat biskut mazola yang sedap rangup
Bahan-bahan
2 cawan kacang tanah (sangai tanpa minyak & kisar halus)
½ cawan gula icing (ayak dulu untuk lebih halus)
2½ cawan tepung gandum (ayak supaya gebu)
1 cawan minyak Mazola
Kuning telur (untuk sapuan)
Kacang tanah cincang (untuk hiasan)
Cara membuat
1. Campurkan kacang kisar, gula icing, dan tepung gandum dalam satu bekas. Gaul sebati.
Ads
2. Tuang minyak Mazola sikit-sikit sambil uli hingga adunan boleh dibentuk.
3. Bila doh dah ok, bulat-bulatkan atau tekap guna acuan kegemaran.
4. Letak kacang tanah di atasnya sebagai hiasan, kemudian sapu kuning telur untuk efek berkilat.
Ads
5. Bakar dalam oven suhu 150°C selama lebih kurang 20 minit (ikut jenis oven masing-masing ).
6. Dah siap, tunggu sejuk dulu sebelum simpan dalam balang.
Siap! Senang je kan? Wangi satu rumah bila tengah membakar ni. Bolehlah buat stok untuk raya atau kudapan harian. Selamat mencuba!
Ads
INFO: Tip Mudah Sangai Kacang, Guna Air Fryer
Caranya
Masukkan kacang, letak suhu 180 darjah, masa 20 minit.
Baru beli tapi tiba tiba bedak kompak atau pun blusher jatuh hingga pecah berderai.
Begitu juga hati kita berderai kalau bedak yang dibeli tu mahal harganya. Ada yang geram terus dibuang.
Jangan buat begitu ya. Rugi! Bedak kompak atau pemerah pipi yang jatuh dan pecah ini masih boleh digunakan.
Boleh dibaiki sendiri dengan cara yang mudah.
Apa yang diperlukan adalah :
Seterika
Pencungkil gigi atau garpu
Sudu
Langkah-langkah
1. Setkan seterika pada suhu tertinggi. Boleh saja melakukannya tanpa seterika sekadar menekan tapi bedak tidak akan keras seperti sebelum itu.
2. Pecahkan kesemua bedak kompak, cungkil menggunakan garpu atau pencungkil gigi.
3. Masukkan bedak kompak yang dipecahkan tapi dalam plastik zip lock.
4. Tekan dan hancur bedak tadi menjadi seperti bedak debu. Boleh tekan menggunakan belakang sudu. Pastikan semuanya hancur halus, jika tidak bedak kompak yang terhasil mungkin kasar dan tidak rata.
5. Keluarkan bekas besi tempat letak bedak kompak.
6. Masukkan bedak yang dihancur halus tadi dalam bekas besi tadi.
7. Tekan bedak dalam bekas menggunakan belakang sudu supaya ia rata. Mulakan pada bahagian tepi membawa ke tengah. Lakukan sehingga bedak tadi terletak kemas dalam bekas.
8. Padamkan suis seterika dan keluarkan plug. Ia penting supaya tiada wap air memasuki bedak kerana ia boleh merosakkan. Pastikan juga pilihan stim ditutup kerana kita mahu kepanasan yang kering.
9. Tekan seterika atas bedak kompak tadi selama 15 saat. Tekan sekuat yang mungkin tanpa mengalihkannya seperti kita menggosok baju. Kepanasan seterika akan ‘mengeraskan’ bedak.
10. Angkat seterika selama beberapa saat kemudian tekan kembali ke atas bedak kompak selama 15 saat. Ketika ini anda akan perasan permukaan bedak akan kelihatan keras. Lakukan sekali lagi menekan seterika pada bedak kompak.
11. Selepas itu biarkan bedak sejuk dan gam bekas bedak tadi pada casing bedak. Biarkan gam kering.
Bagi yang punya laman luas atau kebun, rumput dan lalang yang meninggi memang masalah. Kalau dibiar lama kerja memotong rumput lagi ambil masa. Tapi nak tak kena buat supaya tak jadi ‘hutan’.
Bagi yang ada ‘misi’ potong rumput di laman atau kebun, tip yang dikongsi oleh Airiel Ibnu Sufian boleh dipraktikkan jika menggunakan mesin rumput.
7 tip potong rumput
Mesti ramai yang geram tengok rumput laman sendiri dan nak potong tapi belum dapat buat atas sebab-sebab tertentu.
Berikut saya share beberapa tip yang boleh korang guna masa potong rumput/menebas menggunakan mesin rumput.
1. Bila nak guna Tali/Nylon?
– Untuk yang nak potong rumput biasa atau rumput tebal yang tak tinggi dari paras lutut, seeloknya pakai tali/nylon saja.
– Kalau dalam satu kawasan hanya ada rumput/tumbuhan lembut sahaja. Kalau semak jenis berkayu, better pakai mata pisau.
– Tali/nylon banyak jenis, pilihla ikut cita rasa. Trial and error sendiri sebab susah nak explain effect dia macam mana bila guna lain lain jenis tali.
2. Kelebihan pakai tali/nylon
Mudah nak potong di celah-celah bucu dinding/pangkal pokok/permukaan sempit. Tak merosakkan objek sekeliling sangat (kalau permukaan lembut rosak jugak – so, hati-hati)
3. Bila nak guna mata pisau?
Untuk semak samun macam dalam gambar di atas, memang elok sangatlah pakai mata pisau. Jenis mata pisau pulak boleh dipelbagaikan mengikut keperluan.
4. Mata pisau biasa – tak lebar
Ini khas untuk semak berkayu tapi tak heavy. Harga dekat hardware bawah RM10 je. Mudah bengkok. So, kalau semak yang hardcore, anggap salah pakai buang. Sebab lepas settle buat kerja confirm bengkok/sumbing dah pisau.
5. Mata pisau tebal & lebar
Ini untuk semak level atas sikit dari no 4. Semak berkayu atas paras peha. Saiz kayunya pun dah lebar 3-4 jari. Setakat batang ubi kayu potong macam kemuncup saja. Takde hal. Tapi hati-hati kalau bilah dah bengkok/sumbing sikit sebab dia mudah ‘melibas’ batang kayu ke betis kita. Ini cerita atas pengalaman sendiri. Betis dah jenuh lebam bantai dek batang kayu terpelanting.
6. Mata 3 (Bentuk bintang tapi 3 mata)
Ni otai segala pisau. Sapa lu mau langgar? Lu kasi tau.. Ini mata takda kasi can punya!
7. Mata bulat (macam circular saw punya mata)
Nak tebas semak, kurang sesuai. Kalau guna untuk tebang buluh, sesuai. Tapi be extra careful sebab kalau tak pegang kuat rod mesin, kita boleh terhayun rod bila mata pisau lekat dan membuatkan situasi extremely bahaya especially kalau ada orang lain sekeliling.
Inilah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsi. Bab ketar-ketar satu badan lepas mesin tu, normal. Jangan risau. Bila dah biasa main mesin rumput ni, ketar tu dah makin kurang.
Gambar: Tanah yang dah terbiar lebih 7 tahun. 12 hari ambil masa untuk habiskan menebas. Keluasan: Suku ekar.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Santan
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...