Boleh Ke Masa Berpantang Makan Makanan Bersantan? Bidan Ini Beri Penjelasan

Share

 

 

 

Soal pemakanan memang memberikan banyak tanda tanya kepada wanita yang baru bersalin. Apa yang boleh dimakan, apa yang tak boleh dimakan. Ramai yang kurang pasti.

Salah satunya ialah santan. Ada yang kata tak boleh makan sebab angin. Sebaliknya ada yang kata boleh makan. Jadi lebih baik kita tanyakan pada yang pakar. Bidan Mengurut dan Berpantang, Siti Aishah yang menggelarkan dirinya Kak Ice berkongsi di laman facebook mengenai persoalan mengenai santan bagi ibu berpantang.

 

 

2 kemusykilan penting

Bila Kak Ice share senarai sarapan di dalam pantang bersalin, maka ramai bertanya perkara yang sama

“Boleh ke makan santan ketika dalam pantang?”

Ada 2 kemuskilan yang diutarakan.

Yang pertama: santan adalah dari buah tempatan iaitu buah kelapa. Sedangkan air kelapa pun tak boleh diminum di dalam pantang sebab bergas, so boleh ke santan dimakan?

Yang kedua: boleh ke ibu berpantang makan benda2 berminyak?

 

Yang berangin ialah air kelapa. Bukan santan

Mengikut ilmu perbidanan dari Datin Sh Anisah Barakbah, santan BOLEH dimakan ibu dalam pantang.

Bahagian yang berangin atau bergas di dalam kelapa adalah airnya. Tetapi isinya yang diperah yang dijadikan santan adalah selamat untuk dimakan.

Sama juga sepeti soya. Kacang soya yg dibuat air soya itu sifatnya sejuk dan berangin, sama seperti keluarga kekacag yang lain (kecuali badam). Tetapi bila difermentasikan dan dijadikan tempe maka ia selamat dimakan di dalam pantang. Tidak sejuk dan berangin.

 

Santan selamat untuk dimakan oleh orang bersalin kerana tidak menyebabkan angin dalam badan. Ini kerana bahagian yang berangin ialah air kelapa. Jadi, jangan keliru ya wahai ibu-ibu.

 

Boleh makan santan tapi bukan berliter-liter

Amalan santan perlulah dalam 1-2 sudu besar utk 1 menu. Bukannya berliter-liter. Dan masakan seperti kari, rendang dan nasi lemak buat ibu berpantang pula kandungan santannya tetap rendah. Tak semeriah macam orang yang tidak berpantang.

Manakala pertanyaan berkenaan amalan santan yang dikatakan berminyak. Kita masak santan ya. Bukannya masak minyak kelapa. Meskipun santan yang dimasak itu boleh turn into minyak, tetapi bilangan yang sedikit.

 

Walaupun ibu berpantang boleh makan santan tetapi janganlah ambil dalam kuantiti yang banyak. Cukup sekadar 1 hingga 2 sudu sahaja. Ingat ya. Masih dalam berpantang. Jangan makan macam orang yang bukan dalam pantang.

Yang penting bersederhana

Bidan-bidan dahulu tak bagi ibu berpantang makan makanan berminyak kerana katanya nanti rahim menggelongsor turun. Itu tak pastilah betul ke tidak???

Tetapi bagi Kak Ice, baguslah kita dalam pantang tak makan benda2 yang berminyak atau yang disediakan secara deep fry. Kan tak sihat tu.

Akan tetapi….. minyak kelapa sangat banyak khasiatnya ya. Antaranya membantu membakar lemak, membunuh mikroorganisma berbahaya di dalam tubuh, mengelakkan penyakit nyanyuk, dan bagus untuk otak juga!

So, apa2pun amalannya perlulah bersederhana….

So diharapkan terjawablah segala persoalan boleh ke makan santan dalam pantang.

Best tau….dapat makan makanan yang bersantan.

 

Sumber: https://www.facebook.com/kakbidanice

Published by
Maryam Elyas