Dua pokok ini selalu jadi hiasan di dalam rumah kita. Tapi ramai yang tak tahu bahawa tanaman ini sebenarnya beracun.
Malah pernah tersebar di media sosial kisah seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengalami kekejangan pada mulut dan juga lidah apabila memasukkan daun tanaman ini ke dalam mulutnya.
Pokok hiasan yg sering di perkarangan rumah. Getah dan daun mengandungi calcium oxalate yg mnyebabkan gatal-gatal, kekejangan bibir dan lidah. Yes betul pokok tu! Nashwa nangis sambil mulut ternganga takleh tutup mungkin sebab kejang bibir. Air liur pun menitik tak henti.
Terus start kereta bawak ke klinik. Doktor tanya ada telan tak. Ibu dah la tak tahu, Nashwa pulak pula tak boleh cakap. Doc cek bibir bengkak sikit, pernafasan semua ok. Doktor kata kalau dia telan, bengkak pada kerongkong, boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat.
Tanya Nashwa kakak makan ka daun tu? Then dia cerita, dia amik satu tangkai dan koyakkan daun tu. Ada dia gigit sikit je. Lepas tu dia ludah balik dan lari masuk rumah minum air. Katanya pedih. Luckily sikit je. Kalau tertelan banyak? Nauzubillah moga dijauhkan.
(Kredit: Facebook Husnul khotimah Fahmi)
Tanaman hiasan ini sering kelihatan menghiasi taman dan bahagian dalam rumah.
Jika diteliti dengan mikroskop, ia mempunyai hablur kristal halus berbentuk jarum dari ‘kalsium oksalate.’
Apabila daun ini mungkin dimakan tanpa sengaja oleh anak, ia boleh menyebabkan rasa ‘mencucuk’ lidah, mulut membengkak dan air liur meleleh. Jika dalam keadaan teruk, mulut jadi kaku dan memudaratkan.
Tumbuhan ini haruslah dijauhi dan dielakkan terutama bagi yang mempunyai anak kecil.
Selain pokok keladi, pokok duit-duit juga dikategorikan sebagai tanaman beracun. Tanaman tropika ini berasal dari Afrika dan dikatakan boleh menyebabkan gatal pada bahagian tubuh terutama kulit sensitif.
Dikatakan juga, tanaman ini mempunyai racun pada bahagian tertentu. Kebiasannya pokok duit-duit dijadikan hiasan meja sudut luar atau dalam rumah.
Ini kerana daunnya yang tebal dan berkilat menghasilkan sudut pandangan menarik.
Namun harus berwaspada kerana tumbuhan ini antara pokok hiasan beracun yang boleh merbahayakan kesihatan.
Sumber: Harian Metro & Pakar Diari Hati