
Selalu tanam sawi melalui biji benih tapi tak sangka boleh juga tanam melalui keratan pangkal atau tunggul pokok.
Jadi kalau beli sawi, dah potong daun, tunggulnya kita boleh simpan dan tanam seperti yang dilakukan oleh Puan Oggy Bungsu.
- Ambil keratan sawi bahagian tunggul, kemudian rendam dalam 30 minit. Tak perlu yang ada akar pun.
2. Sediakan bekas, tebuk bahagian bawahnya untuk pengaliran air. Isi dengan tanah.
3. Kemudian ambil keratan sawi tadi dan cucuk dalam tanam, biar dalam sedikit. Selepas tanam siram, pastikan tanah lembap (siram 3 kali sehari).
4. Bila dah keluar 3-4 helai daun boleh alih ke polibeg.
5. Ini hasilnya, harap membesar dengan subur.
Lepas ini kalau beli sawi, jangan buang bahagian pangkal/tunggul. Boleh tanam semula.
Selamat mencuba
Sumber: Puan Oggy Bungsu
Jangan Buang Gel Silica Yang Kita Dapat Bila Beli Barang, Banyak Gunanya Di Rumah

Bila beli barang seperti kasut, barang elektrik dan sebagai kita akan dapat sekali uncang kecil gel silica ini. Ia berfungsi untuk menyerap kelembapan supaya barang yang dibeli tidak rosak.
Bila dapat gel silica ini jangan buang sebab banyak gunanya di rumah terutama untuk barang-barang yang kita simpan, jarang guna.
- Barang kemas kekal berkilat
Letak gel silica ini dalam kitak barang kemas untuk supaya akseseori sentiasa berkilat. Gel ini akan mengelakkan barang kemas ynag kita simpan lembap yang boleh membuatkan barang kedam dan tidak bersinar.
2. Letak dalam kasut sekolah supaya tak berbau
Kalau selalu bersukan letak gel silica ini dalam kasut sukan. Ia akan menyerap kelembapan dan penuh yang boleh menyebabkan bau busuk . Sekali gus hapuskan bakteria.
3. Masukkan dalam kotak gambar lama agar tak rosak
Jika di rumah ada album gambar lama masukkan gel silica ini dalam kotak album. Supaya nanti gambar-gambar dalam album tidak bercapuk, berkulat atau melekat pada plastik album hingga menyebabkan kerosakan. Sayang kalau gambar lama ni rosak.
4. Simpan bersama dokumen penting
Perkara yang sama jika kita menyimpan dokumen lama seperti surat beranak, sijil, atau bil yang penting. Letak sekali dalam bekas tempat menyimpan dokumen ini supaya tak lapuk dan rosak.
5. Berguna untuk telefon masuk air
Gel silica ini juga berguna untuk keringkan handphone yang terjatuh dalam air. Caranya lap kering telefon kemudian ambil plastik kedap udara masukkan telefon dan gel silica dalam plastik tadi. Biarkan selama 5-6 hari agar ia betul-betul kering. Kemudian cuba buka telefon tadi.
6. Letak sekali dalam baju yang jarang kita guna
Kita selalu ada baju mahal yang hanya kita pakai untuk majlis tertentu. Untuk simpan baju begini sebaiknya letak sekali gel silica dalamnya. Letak dalam poket atau penyangkut baju supaya baju tak berbau dan tahan lama.
7. Elak pisau cukur berkarat
Biasanya alat pencukur kita letak dalam bilik air akan cepat berkarat disebabkan kelembapan. Selepas ini kalau nak simpan juga alat pencukur ini dalam bilik air, letak dalam plastik kedap udara bersama dengan gel silica untuk pastikan ia kering.
8. Supaya bilik tidur tak berbau
Ada masa bilik tidur kita akan berbau hingga menyebabkan kita rasa tak best duduk dalam bilik. Kalau ada bau kurang menyenangkan ini, ambil gel silica ini keluarkan dari uncangnya dan masuk dalam bekas kecil.
Titiskan minyak pati yang kita suka seperti lavender. Hasilnya bilik akan berbau segar berpanjangan. Tapi pastikan letak di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Sumber: Times of India
DIY Rod Langsir Jadi Penyidai Kain Di Balkoni, Lepas Pakai Boleh Simpan. Tak Makan Ruang

Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat, ruang untuk menyidai baju selepas dibasuh selalunya agak terhad. Ramai yang terpaksa meletakkan penyidai baju di balkoni hingga tiadalah ruang untuk bersantai mengambil angin.
Bagi yang tak mahu balkoni penuh dengan alat penyidai kain yang memakan ruang boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Hasilnya
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nordin NJ
Harga Minyak Masak Dah Mahal, Kalau Menggoreng Lakukan Kaedah Ini Supaya Tak Guna Banyak Minyak

Bermula esok harga minyak masak dijangka akan naik memandangkan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2kg, 3kg dan 5kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Nak tak nak kita kenalah belajar berjimat guna minyak memandangkan ia digunakan setiap hari untuk memasak. Tak bolehlah tuang sesuka hati.
Tapi selain kurangkan kuantiti minyak sewaktu memasak menggunakan minyak sebenarnya ada banyak lagi cara lain sebagai langkah penjimatan.
Dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Saadan, berikut adalah 10 perkara yang boleh kita praktikkan di rumah.
Cara jimatkan penggunaan minyak masak waktu menggoreng
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.

8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Tanda minyak masak tak boleh digunakan lagi
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
◾️Warna bertukar perang pekat.
◾️Minyak menjadi lebih likat.
◾️Minyak berbau tengik.
◾️Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
◾️Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
◾️Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan