Ramai ingat tanam pokok pisang perlu tanah yang luas tapi hakikatnya dalam pasu pun boleh tanam. Jadi kalau tinggal di rumah teres atau di kediaman yang tiada halaman boleh saja jika berhajat untuk menanamnya.
Kelebihan bila tanam pisang dalam pasu ini, kita boleh alih lokasinya di sekitar rumah. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut langkah ini.
Cara tanam pisang dalam pasu
1. Sediakan anak pokok pisang, jika ada tunas yang baru keluar dari akar, jangan pisahkan. Tanam sekali. Daun anak pokok pisang juga tidak perlu dipotong.
2. Gunakan pasu besar, saiz seeloknya berukuran 70CM lebar dan 56CM tinggi. Boleh beli pasu besar ini di nurseri atau boleh gunakan tong yang besar yang bahagian bawahnya dibuat lubang.
3. Ambil beberapa ketul bata dan pecahkan menjadi dua, kemudian masukkan ke dalam pasu sehingga menutup ruang dibawah. Batu bata ini berfungsi untuk beri ketahanan dasar pasu.
Ads
4. Sediakan satu karung cocopeat basahkan dan gaul hingga rata supaya basah semuanya.
5. Masukkan cocopeat yang sudah basah tadi ke dalam pasu sampai menutup batu bata atau paras setengah pasu.
Ads
6. Letak anak pisang di tengah pasu, kemudian tambah dengan cocopeat. Pastikan anak pokok pisang stabil.
7. Siram lagi dengan air nutrisi/baja
8. Gunakan baja AB untuk makanan anak pokok supaya tumbuh subur dan sihat. Baja AB ini juga boleh dibeli di kedai nurseri atau boleh buat sendiri.
Ads
9. Untuk tanaman ini, cukup berikan 2 gayung baja sekali dalam sebulan. Perlu diingat bahawa baja yang berlebihan akan merosakkan struktur cocopeat dan anak pokok pisang. jadi bersederhanalah dalam segala hal.
Boleh juga rujuk video di bawah untuk cara penanaman pokok pisang dalam pasu.
Kita berkongsi pengalaman cara orang rumah menanam cili agar cepat berbuah. Guna keratan dahan.
Caranya;
1. Pilih keratan dahan pokok cili yang elok. Sebaiknya guna dahan bukan batang. Sebab dahan yang dipotong akan bertunas baru jadi jangka hayat batang cili asal akan lama.
2. Ambil beberapa ulas bawang merah lalu potong. Sapukan bahagian bawang dipotong pada keratan dahan.
Bawang ini berfungsi sebagai penggalak akar dan juga mengelakkan serangan fungus. Boleh juga cucuk terus keratan dahan cili tadi dalam bawang. Biar dalam 2-3 minit lalu cabut. Jangan tanam sekali dengan bawang.
3. Keratan dahan yang dah disapu atau dicucuk pada bawang tadi boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.
4. Letak di tempat yang redup, elak dari terkena cahaya matahari terik.
5. Dalam seminggu dua, kita boleh tengok tunas baru tumbuh.
Biasanya bila mahu bersihkan aircond kita akan mengupah orang untuk melakukannya.
Apa yang ramai tak tahu, kita sendiri boleh membersihkannya dengan menggunakan remote control aircond saja. Cara-caranya seperti berikut:
Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .
Teknik bersihkan aircond.
Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan kepada mode ‘fan’?
Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup.
Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan). Unit air cond yang penuh kotoran juga menjadi punca aircond kurang sejuk.
Info
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “cool” apabila anda menggunakan aircond selepas itu.
Roti kukus atau roti bakar makan dengan kaya pandan memang best. Makan pulak waktu panas-panas.
Selalu makan di kopitiam macam ni kan! Kali ini apa kata buat sendiri kaya pandan dan makan sendiri di rumah. Makan sampai puas tanpa perlu bayar mahal.
Cara membuat kaya pandan ini dikongsi oleh Fazelina Isa. Cara membuatnya mudah dan manis pun boleh dikurangkan jika mahu.
Cara buat kaya pandan homemade
Bahan-bahan:
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar dan tapis)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (saya letak buat 3/4 saja)
1 kotak santan 200g
2 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak
Cara membuat:
Masuk semua bahan dalam periuk kecil.
Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat.
Bila dah nampak berkilat boleh tutup api.
Boleh terus sapu pada roti dan makan.
Buat banyak boleh simpan dalam peti sejuk, boleh makan bila-bila masa
Selamat mencuba!
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...