Kat kampung ada pokok durian, sedang musim dan tengah luruh banyak buahnya. Masalahnya waktu ini nak balik kampung untuk makan durian memang tak lepas. Cuma tengok sajalah gambar durian luruh.
Tapi berita baiknya sekarang ada alternatif lain. Tak dapat balik kampung makan durian kita boleh mintak orang kampung pos durian. Jangan tak tahu durian pun kita boleh pos jugak! Caranya boleh ikut perkongsian Razira Razali.
Durian pun boleh pos!
Sekarang durian pun boleh pos. Bagi mak ayah yang tengah banyak buah durian kat kampung dan nak bagi anak yang jauh tak dapat balik merasa, boleh buat macam ni.
Cara-cara nak pos durian
1. Frozen kan durian dulu sebiji-sebiji (yang ini mak letak semalaman saja dalam chest freezer).
Ads
2. Sediakan kotak polisterin, lapik kotak polisterin dengan surat khabar atau kain tuala.
3. Susun buah durian biar padat. Boleh muat 8 biji durian.
Ads
4. Balut keseluruhan kotak dengan plastik wrap.
5. Cari contact Parcelhub berdekatan dan boleh pergi pos. Sebelum pos sebaiknya contact Parcelhub terlebih dulu untuk pastikan alamat penerima boleh dihantar secepat mungkin).
Ini keadaan kotak selepas diterima
6. Berat 1 kotak ni anggaran 10kg dengan kos pos RM30 menggunakan Parcelhub. Pos hari Rabu, hari Khamis dah sampai. Jaminan parcelhub barang sampai dalam tempoh 3 hari paling lewat tapi 2 hari dah sampai.
Ads
Ini keadaan durian dalam kotak selepas diterima.
INFO: Pastikan check dulu dgn courier service sebelum hantar. Confirm dulu alamat yang kita nak hantar boleh terima pakej dengan cepat. Jaminan yg diberi paling lewat 3 hari sebab tempat PKPD. Bagi tempat yang tak bermasalah boleh sampai 2 hari.
Kebanyakan kita memang boleh masak sambal. Cuma bezanya antara sedap dan tak sedap saja.
Bagi korang yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak mungkin boleh ikut petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek.
Kumpul tip dan petua buat sambal yang sedap
Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi Putra Bugis Temasek.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya. Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
Apabila dah masak baru masuk air asam, gula, garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit.
2. Sambal sotong
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
Menu nasi ayam geprek ini kita selalu makan di restoren. Padahal nak buatnya mudah saja. Bahan pun tak banyak, lauknya cuma ayam dan sambal.
Yang penting dalam menu ini adalah sambalnya, cuma kalau makan di restoren pedasnya selalu melahar. Tak sesuai untuk anak kecil dan ada juga perut jenis tak tahan pedas.
Bila buat di rumah kita boleh adjust tahap kepedasannya. Nak versi kurang pedas boleh ikut resipi yang dikongsi Rodziah Zaharin. Nak pedas tambah saja cili api tu.
Cara buat ayam dan sambal geprek
1. Gaul ayam dengan 1 atau 2 biji telur. Kemudian gaul ayam tadi dalam tepung Bestari Spicy. Goreng guna api sederhana.
2. Siap goreng.
3. Cara buat sambal geprek. Ini bahannya:
6 biji cili merah besar
4 biji cili padi hijau
2 biji cili padi merah
1 1/2 biji bawang besar/bawang merah
4 biji bawang putih
1 biji limau nipis
4. Goreng bahan sambal kecuali limau dalam minyak panas selama 3 -4 minit. Tos bahan digoreng.
5. Masukkan dalam lesung batu bersama 2 sudu gula, 1 sudu garam. Tumbuk separuh lumat.
6. Perah 1 biji limau nipis.
7. Masukkan cuka 1 sudu kecil.
8. Masukkan minyak menggoreng tadi sebanyak 1-1 1/2 sudu. Masuk serbuk perasa jika suka kemudian gaul rata. Siap!
Boleh hidang dengan nasi dan ayam goreng tadi. Boleh tambah dengan timun, tauhu atau tempe goreng.
Nampak kecil saja di mulut tapi seksanya Tuhan saja yang tahu bila terkena ulser. Dalam masa menunggu ia sembuh seminggu dua ramai kalangan kita yang mencuba pelbagai petua untuk hilangkannya. Terutama bila ubat yang kita beli dari farmasi dilihat macam tak berkesan.
Paling seksa adalah petua letak garam pada ulser. Memang mengalir air mata menahan sakit tapi hairannya ramai yang sanggup melakukannya kerana cara ini dikatakan paling cepat menyembuhkan ulser.
Bagaimana pun kalau anda tak sanggup melakukan petua tersebut ada saja cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan untuk meredakan masalah ulser dengan cepat. Bahan-bahannya boleh cari di rumah saja.
1. Madu
Sapu sedikit madu pada ulser atau campur dengan sedikit kunyit. Madu bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.
2. Berkumur dengan air kelapa
Berkumur dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser. Minyak kelapa ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru.
3. Aloe Vera
Sapu gel aloe vera pada ulser. Tumbuhan ini adalah sumber anti bakteria dan anti keradangan yang boleh membantu menghilangkan masalah ulser secara semula jadi. Kalau ulser terasa menyakitkan boleh sapukan gel aloe vera ini untuk menghilangkan rasa sakit hampir serta merta.
4. Uncang teh
Boleh juga gunakan uncang teh yang telah digunakan lalu ditekap ada ulser. Bahan beralkali yang ada dalam teh dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit akibat ulser.
5. Air garam
Kalau tak berani guna garam, boleh buat larutan air garam dan berkumur-kumur dengannya lebih kurang 30 saat. Yang ni takdelah sakit sangat. Lakukan 2 atau tiga kali sehari.
Info
Dapatkan rawatan doktor berhampiran jika ulser mulut berlanjutan dan tidak sembuh melebihi tiga minggu atau kerap berulang. Begitu juga jika ulser menjadi lebih menyakitkan dan berwarna merah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...