
Ramai yang suka makan ikan keli atau pun ikan sungai tapi masalahnya ramai juga yang kurang gemar membersihkannya.
Ini kerana kalau tak kena cara ikan yang dah dibersihkan itu akan tetap berbau hanyir.
Jadi bagaimana cara betul untuk menyiang atau membersihkan ikan keli. Boleh ikut tip yang diturunkan oleh Arbi Mohd Arbi.
1. Ini ikan keli yang telah dipotong dan dibuang isi perutnya. Namun ada bahagian bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh.
2. Yang paling penting kawasan insang, darah dibawah tulang talam perut. Dan jika diamati. Ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar.
3. Kelenjar yang terletak disebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada keli.Hanya picit keluar kedua duanya, kiri dan kanan. Bila sudah diyakini bersih kita pergi ke proses seterusnya.
Buang hanyir dengan buah sitrus atau asam jawa
Proses pengalihan bau hanyir. Boleh gunakan atau sebarang jenis adik beradik buah sitrus dan asam jawa.
Penggunaan tepung bukanlah untuk menghilangkan hanyir ikan tetapi untuk membuang lendir pada ikan tersebut.
Rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih. Ia sedia untuk dimasak.
Haruslah bijak memilih peneman ikan keli dalam masakan Cadangan belimbing, buluh & asam gelugur.
Selamat mencuba.
Sumber: Arbi Mohd Arbi
Cara Tanam Rock Melon Dalam Polibeg. Buah Manis, Berbaloi Tanam

Nikmat sungguh kalau makan buah rock melon yang manis dan sejuk. Makan pulak waktu tengah hari, memang sesuai.
Kalau suka bercucuk tanam, boleh jadikan rock melon ini sebahagian dari tanaman di rumah. Caranya boleh ikut Mazlan Burhanudin yang menggunakan polibeg saja untuk menanam buah ini.
Pertama kali tanam, tak sangka manis
Benih rock melon saya beli di Giant. Semai 2 benih dalam satu polibeg kecil. Siram air dan letak tempat teduh, pastikan tanam sentiasa lembap.
2. Bila dah bercambah, pokok dan keluarkan 5 helai daun barulah dialih dalam polibeg atau pasu. Saya guna tanah yg jual di nursery. 5 in 1, campur lebih kurang 30% tanah bakar.
3. Sokong batang pokok dengan lidi atau apa-apa sebab waktu awal batang pokok amat rapuh & mudah patah.
4. Supaya ada pengaliran udara, bawah polibeg saya sendal dengan 3 penyendal pasu. Sebab lantai rumah panas, takut kesan pada akar & air cepat kering.
5. Bila dah berbuah saya guna baja yang spray direct pada daun.
6. Kalau tanam komersial, mereka buat pendebungaan sendiri. Yang saya semula jadi, semut tolong. Boleh tengok nanti semut kecik hurung bunganya.
7.Pokok ini jenis menjalar jadi kena sediakan penyokong seperti jaring supaya boleh menjalar.
8. Bila dah mula berbuah, kena ikat sebab buahnya berat.
TIP
Tanda buah rock melon yang cukup matang apabila daun pada buah dah kering dan pokoknya pun dah layu
Sumber: Mazlan Burhanudin
Kalau Beli Online Tapi Terima Barang Rosak Jangan Terus Redha. Buat Tuntutan Ikut Langkah Yang Dikongsi Peguam Ini

Isi Kandungan
Toggle
Pembelian secara talian atau online memang sudah tak asing lagi dengan kebanyakan kita. Segalanya boleh dibeli di hujung jari saja.
Tapi ikut nasib juga, ada masa kita menerima barangan yang dibeli secara online ini dalam keadaan tidak memuaskan hati. Pecah, rosak, tidak boleh berfungsi dan sebagainya.
Memandangkan urusan pembelian online ini biasa dibuat maka ada baiknya kita tahu langkah yang perlu dilakukan sekiranya menerima barang yang dibeli dalam keadaan sebegini.
Peguam Nor Zabetha yang melalui sendiri pengalaman ini berkongsi apa yang perlu kita lakukan.
Pengalaman terima TV retak
Jumaat lepas saya ada terima bungkusan dari Lazada untuk pembelian Smart TV Samsung 49 inci, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00.
Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan Lazada sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah emak saya dan untuk kegunaan pejabat. Tidak pernah ada isu dan penghantaran cepat dan selamat dengan harga yang berpatutan. Memang puas hati.
Tiba-tiba kali ini saya terima TV tersebut sudah pecah di bahagian kiri. Pecah, retak dibelakang TV dan skrinnya juga sudah retak. Jadi sebagai pengguna, saya akan mendapatkan hak saya semula. Saya kongsikan cara-caranya.
Langkah 1
Masuk aplikasi Lazada anda dan lihat di bahagian akaun anda. Pergi ke bahagian senarai pesanan barang ‘View all Orders’.
Langkah 2
Pergi ke barangan yang dipesan tetapi rosak dan tekan ‘return’. Nyatakan komen dan masukkan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari penjual atau pekedai yang menjualkan barangan dari Lazada.
Pada peringkat ini penjual yang akan memberi maklum balas. Penjual akan memutuskan sama ada akan pulangkan atau tidak atas alasan.
Memandangkan aduan dibuat hari Sabtu, jadi masa menunggu saya 5 hari. Sama ada akan dipulangkan atau tidak. Saya pun tunggu. Sehinggalah semalam, saya mendapat jawapan yang penjual ENGGAN untuk menerima semula barangan yang rosak ini atas alasan kesilapan dari syarikat penghantar dan bukan penjual.
Langkah 3
Selepas terima maklum balas teesebut. Lihat dibahagian yang ditulis ‘Request Rejected’. Tekan perkataan tersebut.
Langkah 4
Anda akan lihat ‘view decline reason’ dan ‘dispute’. Tekan dahulu view decline reason, lihat jawapan mereka. Sama ada munasabah atau tidak. Bagi kes saya, pihak penjual menyalahkan syarikat penghantar.
Langkah 5
Tekan perkataan dispute (pertikaian) dan pilih sebab-sebab pertikaian dalam senarai pilihan. Kemudian sekali lagi nyatakan komen dan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari Customer Service Lazada.
Dalam proses ini kita perlu tunggu. Sama ada mereka akan benarkan untuk kita memulangkan barangan dan mereka membayar semula wang kita.
Kalau syarikat enggan terima barang
Jadi sebagai langkah persediaan awal, andai kata mereka enggan menerima barang tersebut dan memulangkan barangan kita. Saya telah bersedia dengan langkah-langkah seperti berikut:
1. Mendapatkan nama penuh syarikat pembelian online, alamat dan nombor syarikat.
2. Mendapatkan nama penuh syarikat penjual, alamat dan syarikat.
Butiran 1 dan 2 ini perlu untuk saya teruskan kepada nombor 3.
3. Merangka saman bagi tuntutan kecil di mahkamah bagi menuntut semula nilai kerugian. Sebenarnya boleh juga adukan kepada tribubal pengguna tetapi memandangkan saya selalu ke mahkamah, saya akan memfailkan di mahkamah. Lebih mudah untuk saya.
4. Menuntut sehingga saya berjaya mendapat hak saya.
Kita ini pengguna. Jangan kita berdiam diri tidak kiralah sama barangan bernilai puluhan ringgit atau ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita lawan. Kuasa pengguna. Zaman ini, zaman pengguna, hak kita akan didengar. Tidak macam dulu, kalau mengadu pun tiada siapa ambil tahu.
Kalau saya mendapat maklum balas dari khidmat pelanggan, saya akan maklumkan. Manalah tahu mereka hendak dengar aduan saya. Sebelum ini tidak pernah timbul isu.
Disaran periksa barang sebelum tandatangan
Dalam pada itu disarankan juga agar kita memeriksa barangkan yang diberi sebaik menerimanya. Periksa barang sebelum menandatangi borang.
Sekiranya barang rosak ketika penghantaran, pengguna boleh meminta syarikat tersebut memulangkan barang tersebut tanpa caj.
Sumber: Nor Zabetha
13 Tahun Amal Sup Kurus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG, Walau Umur Masuk 40!

Isi Kandungan
Toggle
Bagi yang sedang berusaha untuk kurangkan berat badan tapi mahu makan sedap boleh amalkan sup kurus yang dikongsi oleh Khairuzetti Zaini
Mengamalkannya hampir 13 tahun, inilah rahsia beliau kekal langsing, dengan berat badan 45KG walaupun anak sudah 4 orang, pada usia bakal masuk 40 tahun.
Macam mana nak sediakan sup kurus ini? Jom ikut perkongsian Khairuzetti!
Amalan hampir 13 tahun, kekal 45KG
Sup sayur cendawan ni antara resepi SUP KURUS yang ZT amalkan hampir 13 tahun. Lama kan? Ni je rahsianya nak slim pada umur nak cecah 40-an tahun depan.
Rahsianya sup sayur cendawan yang dibuat 3-4 kali seminggu. Boleh mix dengan sayur sawi jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu( berat badan maintain 45kg, anak 4 & umur 39) Selamat memasak uols…
Cara sediakan sup kurus
Bahan A
- 4-5 ulas bawang putih tumbok pecah ( khasiat: bakar lemak + buang kolesterol )
- 2 biji cili api hijau tumbuk pecah ( khasiat: bakar lemak )
- 2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )
- 1 sudu besar minyak jagung.
Bahan B
- 100 gm isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam untuk hilang lendir ayam ), seterusnya rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam).
- 1.5L air tapis
Bahan C
- Sawi
- Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
- Gula Kelapa perang ORGANIC secukup rasa
- Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa
Cara membuat
- Panaskan periuk dan tambah minyak masak.
- Tumis bahan A sehingga kekuningan.
- Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air, biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dgn haba masakan tadi.
5. Bila sudah suam masukkan gula perang & garam bukit.
INFO
- Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic )
- Sawi jepun Cameron highlands ada kat jusco juga. Harga RM1.50 sepaket.
AMALAN
- Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu. Buat selama 3 bulan, Makan ini saja, insyaAllah selim melim laju.
- Penting: Ada dua tip tambahan kat sini untuk dua individu berbeza. Pertama tak bole makan nasik sebab cepat naik berat jadi makan sup sayur ni saja, jangan tambah nasi.
- Satu lagi yang jenis makan nasi boleh tapi tak boleh lepas pkul 6 ptg. So uols sesuaikan la ye resepi ni untuk diri sendiri. Boleh makan sup kurus ni SAHAJA selama 3 bulan atau mix sikit nasi putih guna beras less kanji kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain selim melim.
Selamat mencuba!
Sumber:Khairuzetti Zaini Collections