Laman

Buang Daun, Cara Buat Pokok Jambu Madu Mula Berbunga. Bila Dah Berputik Buat Langkah Ini Pula

Share

Ramai yang tanam pokok jambu madu di rumah memandangkan pokok ini sedang senang tumbuh dalam pasu dan mudah dijaga.

Tapi ramai juga yang ada masalah bila pokok dah besar, tak nampak pun tanda-tanda untuk berbunga dan berbuah.

Jika pokok jambu madu yang ditanam menghadapi masalah begini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mark Are Leaf

ini.

Cara buat pokok jambu madu tanam dalam pasu berbunga

1. Buang dahan atau ranting-ranting halus yang ada pada pokok kerana ia tiada fungsi, hanya habiskan baja.

2. Beri baja buah selama 2 bulan seminggu sekali.

3. Bila pokok sudah betul-betul subur, seeloknya buat prunning/cantas pucuk muda tinggalkan yang tua sahaja.

4. Buang daun separuh kerana pokok perlukan pengudaraan supaya pokok dapat cahaya dan pengudaraan yang secukupnya. Kalau daun banyak sangat, pokok akan subur daun saja.

5. Bila dah lakukan semua ini, pokok akan mengeluarkan bunga.

6. Bila bunga sudah keluar jangan letak baja lagi sampailah bunga tadi dah bertukar jadi putik dan luruh bulu-bulunya.

7. Selepas luruh bulu pada bunga, barulah letak baja buah secukupnya sampai dia matang dan balut buah untuk elakkan dari berulat nanti masak.

8. Dalam tempoh buah matang lagi elok kalau ada baja foliar untuk buat semburan supaya buah lagi elok, saiz maksimum dan masak yang betul-betul ranum elok.

Ini cara yang saya lakukan, setiap orang ada cara masing-masing. Kalau nak lagi jimat boleh buat tut setiap dahan, kemudian barulah dipotong. Cara itu boleh biakkan lagi pokok.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Mark Are Leaf

 

Published by
VK