Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai, sebab ia rangup, enak dan banyak khasiat. Kalau ke pasar brokoli antara sayur yang mesti dibeli.
Tapi bila pulang dan bersihkan sayur ini kita mesti perasan pada permukaan gugusan brokoli yang hijau ada kesan putih seakan lilin.
Kita sendiri tahu untuk memastikan sayur-sayuran segar sudah pasti ada penggunaan bahan kimia dan racun digunakan.
Menyedari perkara ini, Salmy Saznira berkongsi cara yang dilakukan untuk membersihkan kesan putih pada brokoli agar kita tak lagi rasa was-was untuk menikmati sayur ini.
Warna putih seakan lilin
Dulu Kak Mie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Ads
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu. Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la Kak Mie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Bersih guna 3 bahan dapur ini saja
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. Insya-Allah.
Cuba rujuk video kat bawah. Kak Mie ada buat eksperimen.
Ads
– Brokoli (kiri) sebelum direndam. – Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli (racun lilin dah hilang).
Buat gulai telur kebiasaannya menggunakan telur itik, tapi sebenarnya nak guna telur ayam saja pun boleh.
Paling sedap buat gulai kunyit macam ni, cara orang pantai Timur seperti yang dikongsi oleh Aftisa Fahmy. Lauk ringkas ini lawan yang paling sedap adalah ikan kering atau pun ayam goreng kunyit, dah cukup. Ada sambal belacan lagi padu rasanya.
Cara buat gulai kunyit telur stail pantai timur
Bahan-bahan
4 biji telur ayam
200 ml santan
Asam keping
1 batang serai dititik
Tomato/cili hijau
Bahan kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1-2 inci kunyit
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar cili boh
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air bersama santan. Didihkan sebentar.
3. Masukkan serai dan asam keping.
4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Biarkan didih dengan api sederhana.
5. Boleh pecahkan telur satu persatu. Perlahan kan api. Kacau sedikit saja untuk elak telur pecah.
6. Bila telur dan masak boleh masukkan masukkan tomato dan cili hijau. Siap!
Tip telur cantik tak pecah dalam gulai
Jika bimbang telur pecah jika dimasukkan terus boleh juga pecahkan telur berasingan dan masak satu persatu. Kemudian barulah dimasukkan dalam gulai kunyit.
Tip supaya telur tak pecah boleh gunakan sedikit cuka, caranya didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan jadi bulat atau bujur.
Gastrik adalah penyakit yang dihadapi oleh ramai. Malah ketika bulan puasa penyakit ini kerap menyerang kerana aturan makan lari dari kebiasaan.
Gastrik adalah sejenis penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus. Ada orang yang akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika diserang penyakit ini.
Ada banyak ubat-ubatan dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antasid, Antagonis H2, dan perencat Pam Proton (PPI).
Namun sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika diserang gastrik, cuba untuk amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk dan juga mengunyah bunga cengkih.
Kenapa bunga cengkih?
Bunga cengkih dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur.
Caranya adalah dengan menggigit satu bunga cengkih, dan biarkan sekejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
Kalau tanam sayur kangkung, bila dah besar sikit biasanya akan tumbang, tapi ada juga kita tengok orang lain tanam pokoknya elok saja tegak sekata.
Sebenarnya nak pastikan pokok kangkung yang ditanam tak rebah bila dah membesar ada teknik penanaman yang boleh dilakukan. Cara ini dikongsi oleh usahawan tani Azuan Abdullah.
Cara tanam kangkung tak ‘rebah; bila pokok besar
Macam mana tanam kangkung supaya bila besar, ia tak rebah/tumbang. AA buat begini;
1. Buat alur/parit dengan kedalaman lebih kurang 2-3 inci.
2. Tabur biji benih ke dalam alur tersebut.
3. Kambus semula alur tersebut.
4. Seminggu lepas tabur benih, gemburkan tanah diantara alur tadi. Insya-Allah, kangkung akan naik elok nanti.
Pemberian SARA RM100 atau bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini membuatkan kita kecoh seketika. Ramai yang menyangka RM100...