Buka puasa kita biasanya akan makan kuih dulu sebelum nasi. Antara yang selalunya jadi pilihan adalah agar-agar. Nikmat sungguh bila lalu di tekak yang kering.

Paling senang buat adalah agar-agar kenduri atau agar-agar sirap. Tapi ada satu lagi, yang mudah dan sedap sesuai sangat untuk dijamah sebelum makan nasi iaitu agar-agar kelapa.

Air kelapa boleh guna dari sebiji kelapa saja dah cukup dan caranya mudah saja. Dikongsi oleh Mr Ali ini cara yang dikongsi.

Cara buat agar-agar kelapa 

Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak

Bahan-bahan
Loyang 10 inci
Pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa

Bahan lapisan pertama:
1 setengah cawan air
1 cawan air kelapa
70g gula
5 gram agar-agar serbuk
60 gram santan kotak
1 sudu kecil garam

Bahan lapisan kedua:
2 cawan air
3 cawan air kelapa
150g gula
5 gram agar-agar serbuk

Ads

Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak

Cara buat lapisan pertama:

1. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air, 1 cawan air kelapa, 70g gula & 5 gram agar-agar serbuk.
2. Kacau sebati bahan di atas. Dah sebati baru on api. Perlahan saja, kacau dalam 2-3 minit.
3. Kemudian baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.

Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak
4. Bila mendidih, jangan kacau selama 2-3 minit. Kemudian baru off api dan tuangkan dalam loyang.
5. Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je, means letak dekat luar saja. Pastikan persekitaran anda bersih.

Ads

Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak

Cara buat lapisan kedua:

1. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
2. Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap.
3. Tapiskan.
4. Ambil agar-agar lapisan pertama yang dah keras tadi, cucuk sebanyak mungkin. Step ni penting supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.

Ads

Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak5. Kemudian tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan, masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda.

Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak6. Biarkan di luar selama 40 minit, kemudian baru sejukkan selama 2-3 jam.
Dah siap, memang nikmat makan waktu berbuka puasa.

Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak

Selamat mencuba.

Sumber: Mr Ali

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI