Buat Agar-Agar Kelapa Untuk Buka Puasa, Nikmatnya Bila Lalu Di Tekak

Share

Buka puasa kita biasanya akan makan kuih dulu sebelum nasi. Antara yang selalunya jadi pilihan adalah agar-agar. Nikmat sungguh bila lalu di tekak yang kering.

Paling senang buat adalah agar-agar kenduri atau agar-agar sirap. Tapi ada satu lagi, yang mudah dan sedap sesuai sangat untuk dijamah sebelum makan nasi iaitu agar-agar kelapa.

Air kelapa boleh guna dari sebiji kelapa saja dah cukup dan caranya mudah saja. Dikongsi oleh Mr Ali

ini cara yang dikongsi.

Cara buat agar-agar kelapa

Bahan-bahan
Loyang 10 inci
Pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa

Bahan lapisan pertama:
1 setengah cawan air
1 cawan air kelapa
70g gula
5 gram agar-agar serbuk
60 gram santan kotak
1 sudu kecil garam

Bahan lapisan kedua:
2 cawan air
3 cawan air kelapa
150g gula
5 gram agar-agar serbuk

Cara buat lapisan pertama:

1. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air, 1 cawan air kelapa, 70g gula & 5 gram agar-agar serbuk.
2. Kacau sebati bahan di atas. Dah sebati baru on api. Perlahan saja, kacau dalam 2-3 minit.
3. Kemudian baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.


4. Bila mendidih, jangan kacau selama 2-3 minit. Kemudian baru off api dan tuangkan dalam loyang.
5. Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je, means letak dekat luar saja. Pastikan persekitaran anda bersih.

Cara buat lapisan kedua:

1. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
2. Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap.
3. Tapiskan.
4. Ambil agar-agar lapisan pertama yang dah keras tadi, cucuk sebanyak mungkin. Step ni penting supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.

5. Kemudian tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan, masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda.

6. Biarkan di luar selama 40 minit, kemudian baru sejukkan selama 2-3 jam.
Dah siap, memang nikmat makan waktu berbuka puasa.

Selamat mencuba.

Sumber: Mr Ali

Published by
VK