Tak demam tapi tubuh letih tak bermaya. Rasa nak cuti dan berehat tapi apakan daya tuntutan kerja kena dilakukan juga. Kalau ada yang dalam keadaan ini, elok amalkan air mandian daun ini untuk memberi kesegaran pada tubuh yang tak bermaya.
Menurut Sue Arukin cuma rebus air bersama daun-daun di bawah, gunakan untuk mandian dan boleh terus rasai kesegaran dari aroma daun-daun ini. Air mandian daun ini boleh digunakan tak kira lelaki atau wanita.
Hari ini saya nak share resepi tapi bukan resipi makanan ya! Resipi ni untuk kesegaran tubuh badan dan boleh diamalkan oleh sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan.
Khasiatnya badan akan terus rasa segar/wangi lepas mandian/rendaman. Kalau rajin buatlah seminggu sekali macam saya selalu buat. Lebih bagus lagi kalau tanam sendiri pokok-pokok yang digunakan ni.
10-15 helai daun pandan – siat & simpul
Segenggam daun serai wangi – ikat
20 helai daun limau purut- siat
5 biji limau purut – ambil kulitnya sahaja
10 helai daun lengkuas – siat
10 helai daun jambu batu
10 helai daun halia – siat
Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)
1. Cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan bersama air selama 1-2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.
3. Tapis dan tuang dalam besen atau baldi yang berisi air (kalau ada bathtub lagi best)
4. Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain.
5. Jirus pada seluruh badan dan bilas.
Semoga bermanfaat
Sumber: Sue Arukin