Masak asam pedas ada banyak cara, berlainan ikut negeri. Bagusnya bila ada banyak versi kita boleh menikmati asam pedas dengan rasa berbeza.

Jika dah pernah cuba buat asam pedas Melaka dan pantai timur apa kata cuba pula masak asam pedas cara orang Johor. Caranya dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad.

Cara buat asam pedas Johor

Bahan-bahan

2 biji bawang merah besar(kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 1/2 inci halia (kisar)
1 inci kunyit hidup (kisar)
1 senduk penuh cili kering kisar
Sedikit belacan ( jika suka boleh letak)
Ikan – jenis terpulang ikut cita rasa
1 sudu kecil kada hitam (kisar)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya

Buat Asam Pedas Cara Orang Johor, Kuah Pekat & Lebih Senang Buat. Sedap Dah Tentu

Ads
Cara membuat:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.

2. Seterusnya masukkan cili kering kisar dan tumis sampai pecah minyak.

Ads

3. Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu sampai mendidih. Masukkan bunga kantan/daun kesum. Masak sampai naik bau.

4. Akhir sekali masukan potongan ikan, dan garam secukup rasa.

Ads

5. Boleh juga tambah bendi dan tomato jika suka. Sekiranya kuah agak pekat tambah sedikit air.

INFO

  • Asam pedas Johor tak sama macam asam pedas Melaka. Asam pedas Johor tak gunakan bahan rempah dan bahannya sangat mudah.
  • Kalau nak sedap, halia kena letak lebih, minyak pun lebih sikit untuk menumis (lebihan minyak ini boleh dibuang).
  • Tumis kena betul betul sampai pecah minyak. Kena cukup rasa pedas dan masam. Sewaktu sedang menumis cili boleh masukkan terus bunga kantan dan daun kesum untuk dapatkan rasa asam pedas yang sebenar dengna haruman daun dan bunga tersebut. Ada yang suka letak akhir, tapi saya suka letak awal memasak.

Nota: Lain orang lain cara masakan dan bahan-bahan pun mungkin ada yang tak sama.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI