Ayam dendeng pun ada ya. Kalau suka makan daging dendeng, boleh cuba pula buat ayam dendeng.
Rasanya memang sama sedap. Tak percaya boleh cuba buat ikut perkongsian Nor Farah Atika. Tapi disarankan jika buat ayam dendeng ini supaya lebihkan kuah untuk digaul dengan nasi, inilah yang kita makan sampai licin pinggan.
5-6 ketul ayam -dipotong kecil & dibersihkan
1 senduk cili kisar
Kicap manis
2-3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
Serbuk perasa
Garam dan gula
Bahan kisar
2-3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang sera
1 inci halia
1. Goreng ayam yang telah digaul garam dan kunyit. Tak perlu garing. Angkat dan tos.
2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan kisar, masukkan sekali cili kisar (lebihkan jika mahu pedas). Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap manis bersama daun limau purut yang dicarik. Kacau sebati.
4. Masukkan cili padi yang diketuk jika suka, asam keping
dan sedikit air supaya berkuah. Kacau.
5. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tambah mana yang kurang.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng. Kacau sebati. Biarkan masak lebih kurang 5-10 minit kemudian tutup api. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Farah Atika
Artikel Berkaitan: Cara Buat Daging Dendeng Yang Padu. Bahan Tak Banyak Pun Tapi Punyalah Sedap