Cucur sayur atau bakwan kalau makan panas-panas memang sedap. Dapat pula yang rangup memang lagi cepat licin. Hidangan waktu pagi dan petang ini kena dipadukan dengan sos pedas supaya lagi enak.
Cuma ramai yang cuba buat bakwan tapi hasilnya tidak berapa rangup. Sebenarnya untuk dapatkan bakwan yang super rangup kena tahu teknik menggoreng yang betul.
Dikongsi oleh Siti Khajar
, boleh ikut teknik goreng bakwan ini ya.Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung beras
4 sudu tepung Bestari pedas(optional)
1/2 cawan udang geragau kering
1 biji telur(optional)
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 1/2 cawan lobak merah – sagat*
1 1/2 cawan tauge*
1 1/2 cawan hirisan kubis*
5 tangkai daun kucai*
1 labu bawang besar hiris kasar*
(Lagi banyak sayur, lagi sedap)
Cara membuat:
2. Bancuh bahan dengan air ais. Bancuh hingga sebati, jangan pekat dan jangan cair sangat.
3. Kemudian masukkan bahan bertanda * dalam bancuhan tadi. Gaul rata dan sedia untuk digoreng.
Cara menggoreng:
Curahkan minyak yang sudah panas di tepi kuali. Ambil 1 senduk kecil adunan bakwan, leperkan di tepi kuali. Curahkan miyak di atas adunan tersebut.
Dengan sendirinya adunan akan menggelongsor ke dalam kuali. Goreng hingga masak. Guna api sederhana.
Bahan untuk sos pencicah
2 biji lada merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 sudu gula pasir*
4 sudu cili sos
4 sudu air panas
1. Tumbuk lumat lada, bawang dan gula pasir. Jika tak lumat boleh saja tapis.
2. Campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas. Bancuh hingga sebati. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Siti Khajar