Cucur memang hidangan kesukaan ramai tak kira pagi atau petang malah membawa ke malam. Macam-macam jenis cucur boleh dibuat, itulah yang sedapnya.
Satu lagi jenis cucur yang boleh kita cuba adalah cucur roti. Roti yang dah nak tamat tempoh tapi banyak lagi bolehlah dijadikan cucur. Caranya dikongsi oleh Jaja Noriza.
Cara buat cucur roti
Nak share resipi cucur roti, resipi ini tak guna telur. Tapi hasilnya rangup di luar, lembut di dalam.
Bahan-bahan
5 keping roti (sebarang jenama) dicarik kecil
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar hiris
Daun bawang, cili merah, kucai, lobak merah dihiris halus dan tauge
Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej – isi adunan ikut cita rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit – sedikit saja
2 cawan air
Ads
Cara membuat
1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat seperti di gambar.
Ads
2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing. Toskan dan sedia dinikmati. Sedap, rangup tapi lembut di dalam. Sesuai untuk hidangan pagi dan petang.
Kalau pergi ke restoren makanan segera ini, selain ayam set nasi juga jadi kegemaran anak-anak kita. Rasa macam nasi ayam dan juga ada rasa mentega. Mungkin sebab itu anak-anak suka.
Tapi nak bawa anak selalu makan di sini, mungkin tak dapat. Satu set boleh tahan harganya. Jadi untuk langkah penjimatan kita buat sendiri. Resipinya pun ada, dikongsi oleh Syue Haida.
Bahan-bahan untuk nasi butter:
4 cawan beras
4 biji bawang putih – ketuk dan potong halus
1 biji bawang merah (jika suka) – hiris nipis
125g butter
Halia – ketuk biar pecah sikit
1 cawan freshmilk (apa-apa brand asalkan full cream)
1 kiub pati ayam
Garam
(Kuantiti ini untuk 5 orang makan)
Cara masak:
1. Panaskan kuali, masukkan butter tumis bawang putih. Kalau nak masukkan bawang merah tumiskan sekali sampai naik bau.
2. Masukkan halia.
3. Masukkan freshmilk dan kacau sekejap dalam 2 minit.
4. Masukkan beras yg dah dibasuh diikuti kiub pati ayam. Gaul beras sekejap dalam 3 minit.
5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu. (Cara saya, beras 4 cawan air 4 cawan +1 cawan susu). Masukkan juga sedikit garam dan masak seperti biasa.
Nota: Sukatan air bergantung pada jenis beras yang diguna.
Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Ia jenis tanaman angka masa pendek untuk dapatkan hasil.
Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Tapi satu masalah yang selalu dihadapi bila menanam sayur ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.
Kalau hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penjagaan yang dikongsi oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat. Insya-Allah akan berbuah lebat macam ini;
1. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.
2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.
3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.
4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.
5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.
6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.
Hidangan sizzling yee mee ini biasa kita makan kat food. Selalu saja teringin nak buat sendiri di rumah tapi mengenangkan takde hot plate, tak jadi nak buat.
Sebenarnya nak buat hidangan sizzling ini di rumah boleh saja tanpa hot plate. Buat dalam kuali atau pan biasa pun boleh kemudian tuang dalam pinggan. Rasa tetap sama sedap.
Caranya boleh ikut perkongsian Rozmaliza Omar. Paling best bila buat sendiri, kita boleh lebih letak ayam, cendawan shiitake dan tahap kepedasan ikut cita rasa.
Buat sendiri sizzling yee mee, tak perlu hot plate
Bahan untuk kuah:
Ayam bahagian isi
3 keping halia -dihiris halus
5 ulas bawang putih cincang
6-8 kuntum cendawan shitake (rendam hingga lembut dan potong dua)
5 biji cili kering
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdb kicap pekat
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
1 kiub ayam
1 sdt minyak bijan
Air untuk kuah
3 sdb tepung jagung & air
Bahan mee
1 bungkus yee mee
Telur
Sayur pakchoy
Cara membuat:
1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan lada hitam. Masak hingga ayam lembut dan masukkan cendawan shitake.
3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan kiub ayam.
4. Masukkan air utk kuah secukupnya. Sedikit gula. Biarkan hingga mendidih. Masukkan tepung jagung masak hingga pekat. Tutup api.
5. Ambil kuali kecil/ pan dan letakkan yee mee, ceduk kuah beberapa senduk.
6. Gunakan api yang besar, letak sayur pakchoy dan pecahkan telur atas yee mee.
7. Bila yee mee, sayur dan telur dah masak, titiskan minyak bijan atas pan sizzling mee. Boleh terus hidang panas, tuang dalam pinggan.
TIP: Kalau nak sedap kena buat hidangan seorang satu persatu. Kalau buat banyak sekali gus tak sedap.