Buat Cucur Dari Roti Pun Sedap Rupanya. Penuh Isi, Rangup Di Luar Tapi Lembut Di Dalam

Share

Cucur memang hidangan kesukaan ramai tak kira pagi atau petang malah membawa ke malam. Macam-macam jenis cucur boleh dibuat, itulah yang sedapnya.

Satu lagi jenis cucur yang boleh kita cuba adalah cucur roti. Roti yang dah nak tamat tempoh tapi banyak lagi bolehlah dijadikan cucur. Caranya dikongsi oleh Jaja Noriza.

Cara buat cucur roti

Nak share resipi cucur roti, resipi ini tak guna telur. Tapi hasilnya rangup di luar, lembut di dalam.

Bahan-bahan

5 keping roti (sebarang jenama) dicarik kecil
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar hiris
Daun bawang, cili merah, kucai, lobak merah dihiris halus dan tauge
Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej – isi adunan ikut cita rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit – sedikit saja
2 cawan air

Cara membuat

1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat seperti di gambar.

2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing. Toskan dan sedia dinikmati. Sedap, rangup tapi lembut di dalam. Sesuai untuk hidangan pagi dan petang.

Selamat mencuba

Sumber: Jaja Noriza

Published by
VK