Selain ikan dan ayam, daging masak kicap juga antara menu harian yang selalu dihidangkan.
Cuma selalu berlaku dah siap masak, dagingnya pula liat hingga susah nak makan. Sudahnya lauk daging ditolak ketepi.
Bagi memastikan lauk daging masak kicap kita elok lembut dan sedap, apa kata cuba praktikkan cara memasak yang dikongsi oleh Ben Safwan ini pula.
Ujar Ben daging masak kicap ini adalah resipi ibu mentuanya. Ia bukan saja sedap tapi cara masaknya juga menghasilkan daging yang cukup lembut.
Daging masak kicap lembut, cara mak mentua
Ads
Bahan perapan :
500 gram daging lembu- dihiris nipis melintang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
1 sudu makan bawang kisar
2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan gula
1 1/2 sudu teh garam
Bahan tumis
1 batang kecil kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
2 1/2 sudu makan bawang merah & bawang putih + halia kisar
1 1/2 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa
Cara membuat:
1. Gaul dan perap daging 10 minit bersama bahan perapan.
2. Dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah bersama bawang putih dan halia kisar dan satu sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Ads
3. Seterusnya baru masukkan daging dan kacau sesekali menggunakan api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.
4. Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambah air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa ).
Ads
5. Sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam, tambah secukupnya. Siap!
Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.
Nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak mempunyai spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.
Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.
Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.
Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul. Ini petanda nasi goreng anda telah pun beracun!
Cara Cegah nasi goreng beracun!
Sebaiknya, terus makan selepas nasi dimasak
Simpan segera dalam peti sejuk dalam tempoh 1 jam selepas dimasak jika ingin simpan nasi
Elak menyimpan nasi dalam peti sejuk melebihi 1 hari
Bila masuk Mr DIY, Kaison, Eco dan kedai ‘saka’ yang lain selalu kita nampak jaring atau wirenet ini.
Tapi ramai yang tak tahu apa kegunaannya sedangkan ia ada banyak fungsi terutama untuk tujuan penyusunan dan penyimpanan barang supaya ruang dalam rumah jadi kemas.
Ramai orang tak tahu kegunaan jaring ini. Jaring ini dipanggil wirenet. Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
Tempat atur alat tulis
Tempat letak bekas rempah
Penggantung sudip, fry pan
Letak dalam kabinet, dan ikat dengan cabel tie.
Selain itu cara yang sama boleh digunakan untuk menggantung barang-barang di bilik air
Cara gantung
Cara gantung wirenet ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan sis sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri. Sis beli di DAISO, setiap satu jaring dan bakul berharga RM5.90.