Nak makan donut tapi orang dalam rumah dua orang saja. Tak berbaloi buat banyak sampai sekilo tepung.
Kalau macam tu boleh buat donut guna sukatan secawan tepung ini. Sesuai untuk makan seorang dua saja. Sebab hasilnya dapat dalam 8 biji saja tapi yang pasti donut tetap gebu dan lembut.
Resipi donut secawan tepung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
Ads
Cara membuat:
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Kemudian masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Jika doh melekit, tambah 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Selepas satu jam, bahagikan doh kepada 8 atau 10 bahagian kecil.
Ads
4. Buat bentuk bulat dan lubangkan di tengah.
5. Perap lagi selama 30 minit, kemudian bolehlah digoreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
Ads
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik saja donatnya. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar dah habis.
Walau hari-hari guna mesin basuh untuk mencuci pakaian tapi kita selalu tertanya tentang kuantiti baju yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Sebagai contoh jika mesin basuh tertera 10kg, adakah ia bermaksud berat baju 10 kg atau dikira bersama dengan air.
Soalan ini dijawab oleh seorang @abangletriq yang selalu berkongsi info tentang barangan elektrik di akaun TikTok beliau.
Menurut beliau berdasarkan berat yang tertera pada mesin basuh, kuantiti baju yang diletakkan bergantung kepada jenis mesin basuh juga.
Kuantiti berbeza ikut jenis mesin basuh
“Mesin basuh top load ia dikira sekali dengan baju basah, manakala untuk top load kuantiti dikiran baju kering.
“Mesin basuh front load boleh diisi banyak banyak kerana menggunakan putaran drum sepenuhnya. Manakala mesin top load menggunakan putaran pulsator di tengah drum untuk mencipta putaran air supaya baju berpusing,”jelasnya.
Had baju masuk dalam mesin basuh
Bagaimana nak tahu had baju yang dimasukkan kerana mesin basuh tiada sensor? Boleh gunakan tip yang beliau kongsi;
Bagi mesin basuh front load boleh masukkan pakaian sampai atas sebab ia menggunakan putaran drum dan baju boleh dicuci sepenuhnya.
2. Bagi mesin basuh top loadi, disebabkan ia guna putaran air jadi kuantiti air perlu melebihi kuantiti baju. Kuantiti baju yang dimasukkan kena 3/4 daripada drum saja.
Sekiranya baju dimasukkan penuh, fulsator sukar untuk membuat putaran air mengakibatkan baju tak bersih dicuci.
Tapi ujarnya tak dinafikan ramai yang memasukkan baju penuh mesin sampai atas. Cara ini bukan saja menyebabkan pakaian tak bersih tapi spin shaft mesin basuh juga cepat rosak sebab overload baju.
Kalau makan kat restoren kita mesti tertanya-tanya, kenapa telur dadar yang dijual gebu dan tebal. Bila kita buat kat rumah, jadi leper saja.
Nampak macam senangkan tapi tak menjadi jugak. Kalau nak tahu untuk buat telur dadar macam ni ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.
Sekiranya nak cuba buat di rumah boleh ikut cara yang dikongsi oleh De Havoc.
Bahan-bahan:
7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris
Cara membuat:
Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.
Salah satu cara terbaik untuk merawat tanah yang kurang subur atau mahu meningkatkan kesuburan tanah bagi bercucuk tanam adalah dengan menggunakan dolomite.
Turut dikenali sebagai baja kapur semenjak dahulu lagi ia memang telah digunakan secara meluas sebagai perawat tanah atau ‘soil confitioner’.
Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus di dalamnya akan memperbaiki pH tanah sehingga optimum dan ia dikatakan bahan terbaik digunakan dalam merawat tanah dengan kos yang murah namun berkesan.
Bukan saja untuk kesuburan tanah, dolomite juga dapat meningkatkan zat terbaik untuk semua jenis tanaman sama ada pokok buah, sayuran atau pun tanaman hiasan.
Cuma bagi memastikan tanaman mendapat zat yang terbaik ini zat cara penggunaan dolomite dan sukatannya perlu betul. Dikongsi oleh Baja Taiping ini panduan yang boleh diikuti.
Cara dan sukatan betul menggunakan dolomite
Cara menggunakan dolomite ini ada 2 teknik iaitu
-Tanam
-Tabur
Langkah 1
Korek tanah dan jadikan seperti longkang pada bahagian sekitar pangkal pokok dengan jarak
– 1 jengkal (sekiranya pokok masih kecil)
– 2 jengkal (sekiranya pokok dewasa)
Jarak ini bertujuan untuk tidak merosakkan sistem akar tanaman disebabkan kesan terkena cangkul kerana akar yang rosak akan menjejaskan tanaman.
Langkah 2
Tabur dolomite dalam longkang yang dibuat dengan kuantiti berikut;
-Anak benih kurang 1 jengkal guna sekitar 2-3 sudu besar
-Anak pokok tinggi 1-3 kaki gunakan antara 750g – 1kg
-Pokok sederhana tinggi 4-6 kaki gunakan sekitar 1.5 – 2 kg
-Pokok matang/dewasa melebihi 10 kaki (guna sekitar 3kg)
Langkah 3
Tutup semula longkang dengan tanah, jadikan seperti bukit kecil. Ia bertujuan untuk memastikan akar tanaman berada di dalam tanah.
Kemudian taburkan lagi sedikit dolomite pada busut tersebut untuk menambah baik struktur tanah pada bahagian atas dan menghalang serangga perosak seperti anai-anai, semut, ulat bulu.
Langkah 4
Siram air sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk semua pokok atau tanaman yang menggunakan dolomite. Selain memastikan kelembapan cukup ia juga mengaktifkan segala kandungan nutrien pada tanah.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...