Nak makan donut tapi orang dalam rumah dua orang saja. Tak berbaloi buat banyak sampai sekilo tepung.
Kalau macam tu boleh buat donut guna sukatan secawan tepung ini. Sesuai untuk makan seorang dua saja. Sebab hasilnya dapat dalam 8 biji saja tapi yang pasti donut tetap gebu dan lembut.
1 cawan tepung gandum (cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Kemudian masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Jika doh melekit, tambah 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Selepas satu jam, bahagikan doh kepada 8 atau 10 bahagian kecil.
4. Buat bentuk bulat dan lubangkan di tengah.
5. Perap lagi selama 30 minit, kemudian bolehlah digoreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik saja donatnya. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar dah habis.
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Khairunnisa Mohammad