
Selalu buat donut akan guna telur dan juga marjerin. Tapi rupanya boleh juga jika tidak menggunakan dua bahan ini dan hasilnya tetap gebu dan lembut. Kalau nak cuba untuk hidangan petang atau pagi boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ida Zaida.
Donut tanpa telur dan marjerin
Semalam tertengok resipi kat TikTok. Dalam resepi tak guna telur dan marjerin. Terfikir juga boleh jadi ke sebab 2 bahan ini macam bahan wajib dimasukkan dalam donut. Saya cuba buat, ini la hasilnya gebu, lembut elok,makan pun tak ada rasa muak.
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 paket mauripan
6 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar baking powder
1 1/2 senduk minyak masak
Air secukupnya
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan tadi, gaul dan masukkan air secukupnya uli sampai jadi doh yang licin.
2. Rehat dalam setengah jam selepas tu uli lagi sekali.
3. Boleh cetak doh ikut apa saja kuih yang diingini. Dari satu adunan ini boleh dapat macam-macam jenis kuih.
4. Dah siap bentukkan donut, tunggu kembang kemudian bolehlah di goreng. Tabur dengan gula halus, siap.
Hasilnya
Sumber: Ida Zaida.
Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap & Tip Kuah Pekat

Isi Kandungan
ToggleNak buat asam pedas yang sedap dah tentulah menggunakan ikan. Tak semestinya ikan mahal, ikan kembung lemak kalau dibuat asam pedam pun ‘meletup’ rasanya jika dimasak ikut caranya.
Bagi yang nak cuba masak asam pedas ikan kembung lemak ini boleh ikut Nazz Mernas. Katanya cara memasak asam pedas ini mengikut citarasa arwah ayahnya yang berasal dari Johor. Seminggu sekali pasti hidangan ada di atas meja.
Belia turut berkongsi tip agar asam pedas makin sedap katanya cili perlu ditumis lama hingga betul-betul masak. Selain itu ujarnya jika mahu kuah pekat bahan-bahan tumis kena lebih. Barulah kuah tak cair.
Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap
Bahan-bahan
Ikan kembung lemak
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – diketuk
2 senduk cili kisar
Cara membuat
- Tumis bahan kisar hingga betul betul pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3. Bila sudah mendidih, boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Gunakan api sederhana sampai didih dan ikan masak.
4. Akhir sekali letak garam secukupnya, boleh letak perasa jika suka.
Sumber: Nazz Mernas
5 Masalah Biasa Bila Tanam Pokok Cili & Cara Memulihkannya. Jangan Terus Cabut!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang menanam pokok cili sekitar rumah dan biasanya ada beberapa masalah pokok cili yang selalu jadi rungutan.
Buah busuk, bunga gugur, daun kerintiing dan luruh, semut hitam dan pokok mati selepas berbunga adalah antara masalah biasa bagi yang menanam pokok cili.
Supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan bila berdepan masalah ini berikut adalah penyelesaiannya.
1. Buah busuk dan gugur
Buah cili yang berwarna hijau tak sempat merah dah busuk. Kalau diperhatikan pada buah cili yang mengalami masalah ini kita akan dapati ada satu lubang halus seakan suntikan. Ini adalah hasil perbuatan lalat buah.
Penyelesaian masalah ini adalah buang dan bakar buah cili yang busuk ini supaya larva terhapus. Buang juga buah busuk dari pokok lain, supaya tak jadi tarikan untuk lalat buah.
Selain itu boleh juga pasang pelekat lalat buah, atau perangkap lalat buah. Sebaiknya juga sembur racun organik awal pagi setiap hari.
Buah busuk juga boleh disebabkan bakteria antraknos. Tanda ia diserang bakteria ini adalah pada buah cili ada bentuk pusaran. Selain itu pada daun pokok juga akan ada kesan pusaran ini.
Penyelesaiannya pastikan kitaran udara baik sekeliling pokok dalam keadaan baik. Selalunya bakteria ini datang menyerang bila keadaan udara lembap contohnya pada musim hujan.
Sebaiknya elak tanam pokok terlalu rapat untuk peredaran udara yang baik. Pangkas juga ranting-ranting. Selain itu gunakan juga benih cili yang berkualiti.
2. Bunga gugur
Masalah bunga pokok cili gugur memang biasa. Akan tetapi jika berlaku 3-4 kali selepas berbunga maknanya ia kekurangan air dan baja.
Oleh itu kena pastikan air siraman cukup begitu juga dengan pembajaan. Selepas memastikan kecukupan 2 perkara ini akan nampak hasilnya.
3. Daun kerinting dan luruh
Puncanya adalah kehadiran serangga perosak di bawah daun. Jika berdepan masalah pokok cili begini, jangan biarkan atau cabut terus pokok cili. Ia boleh dirawat dan daunnya boleh pulih semula. Ada beberapa tip/petua yang boleh dipraktikkan.
Pertama, boleh guna semburan air bawang putih. Caranya ambil 2 ulas bawang putih kemudian tumbuk halus. Campurkan dalam 400ml air. Masukkan dalam botol spray. Sembur pada daun sekali sehari. Dalam beberapa hari akan lihat daun pulih.
Cara kedua, buang semua daun. Luruhkan semua daun pada pokok cili untuk buang serangga perosak dan elak menjangkiti daun lain. Nanti akan tumbuh tunas dan daun baru yang sihat.
4. Semut hitam
Semut hitam ini akan mengerumuni batang pokok dan celah-celah daun. Punca sebenar kehadiran semut hitam ini adalah kerana pokok diserang kutu afid. Kutu afid ini menghasilkan cecair yang menjadi makanan kepada semut hitam.
Cara penyelesaiannya adalah dengan menanam pokok bawang putih sewaktu awal penanaman pokok cili. Ini adalah cara semula jadi menghindari serangga perosak. Selain itu boleh juga buat sendiri racun organik menggunakan bawang putih seperti langkah no. 3.
5. Pokok mati selepas berbunga
Ingat pokok cili dah berbunga dapatlah merasa petik buah cili, sekali pokok terus mati lepas berbunga. Masalah ini selalunya disebabkan biji benih yang tidak berkualiti. Sebaiknya guna biji benih yang diberi di nurseri, bukan diambil dari cili untuk masakan.
Di samping itu pastikan siram air secukupnya tapi jangan berlebihan sebab supaya tak diserang bakteria. Jika tanam pokok cili di tanah elak tempat yang bertakung air. Ini kerana kelembapan boleh mengundang bakteria. Gunakan juga media tanaman yang sesuai kalau tanam dalam pasu.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Izham Alias
Tanam Sayur Tepi Rumah, Ikut Kaedah Ini Tanam Sayur Apa Pun Boleh. Tapi Jangan Guna Tanah Biasa

Kalau kawasan rumah ada sedikit laman atau ruang boleh cuba mula tanam sayur. Tambah pula sekarang harga barang dapur serba naik.
Nak tanam sayur di tepi rumah ini sebenarnya mudah saja asal tahu kaedah asas ini. Tanam sayur apa pun boleh.
Sebagai panduan bercucuk tanam, langkah demi langkah yang dikongsi oleh Aye Asnor boleh jadi rujukan.
Kaedah tanam sawi, ikut cara ini tanam sayur apa pun boleh
Cara/kaedah yang saya gunakan untuk tanaman sawi. Cara ini juga boleh juga digunakan untuk tanaman yang lain. Lain orang lain kaedahnya.
1. Semaian biji benih
Letakkan biji benih di dalam tray semaian. Saya letak sebiji untuk 1 lubang. Boleh letak 2 biji untuk kemungkinan tidak tumbuh. Penggunaan tanah semaian atau peatmoss adalah yang terbaik.
2. Lembapkan
Lembapkan peatmoss keseluruhannya selepas letak biji benih (saya rendam). Saya tutupkan tray dengan tray yang lain (rujuk gambar).
3. Selepas 2 hari biji benih telah bercambah dengan baik. Dari peringkat ini hingga sebelum tanam, saya rendam tray dengan air baja AB (EC1.0). Rendaman dilakukan bila peatmoss agak kering.
4. Penyediaan media tanaman
Saya hanya gunakan tanah sekeliling rumah + pasir + sabut kelapa. Tanah & pasir dicampurkan. Saya buat rawatan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Rawatan tanah hanya gunakan campuran racun serangga & kulat. Kemudian siramkan pada campuran tadi.Kemudian, buat 2 lapisan pd tapak tanaman. Lapisan bawah campuran tanah & pasir manakala lapisan atas sabut kelapa.
INFO
Untuk semaian memang ada tanah yang khusus. Jika guna tanah biasa kurang efektif. Tumbesaran agak lambat. (Sekiranya sudah tanam pokok menggunakan tanah biasa, teruskan saja. Boleh bantu dengan pembajaan)
5. Anak pokok sawi yang berusia 10 HSS (hari selepas semai).
6. Basahkan media tanaman. Petak-petak tu hanya tali rafia. Saya buat hanya untuk mudahkan semasa proses menanam anak pokok. Kemas & selari.
7. Anak pokok sedia untuk ditanam.
8. Hasil sawi selepas 10 HST (hari selepas tanam). Siraman baja AB (EC1.5) dari mula tanam sehingga tuai.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Aye Asnor