Buat Donut Tanpa Telur & Marjerin, Hasilnya Tetap Gebu & Lembut Elok

Share

Selalu buat donut akan guna telur dan juga marjerin. Tapi rupanya boleh juga jika tidak menggunakan dua bahan ini dan hasilnya tetap gebu dan lembut. Kalau nak cuba untuk hidangan petang atau pagi boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ida Zaida.

Donut tanpa telur dan marjerin

Semalam tertengok resipi kat TikTok. Dalam resepi tak guna telur dan marjerin. Terfikir juga boleh jadi ke sebab 2 bahan ini macam bahan wajib dimasukkan dalam donut. Saya cuba buat, ini la hasilnya gebu, lembut elok,makan pun tak ada rasa muak.

Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 paket mauripan
6 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar baking powder
1 1/2 senduk minyak masak
Air secukupnya

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan tadi, gaul dan masukkan air secukupnya uli sampai jadi doh yang licin.

2. Rehat dalam setengah jam selepas tu uli lagi sekali.

3. Boleh cetak doh ikut apa saja kuih yang diingini. Dari satu adunan ini boleh dapat macam-macam jenis kuih.

4. Dah siap bentukkan donut, tunggu kembang kemudian bolehlah di goreng. Tabur dengan gula halus, siap.

Hasilnya

Sumber: Ida Zaida.

Published by
VK