Ikan cencaru sumbat memang ramai yang suka. Cuma yang tak best bila nak goreng ikan ini.
Habis minyak jadi hitam dek sambal yang terkeluar. Dah lah sekarang minyak mahal kan. Nak kena tukar minyak bila goreng banyak.
Supaya tak berdepan masalah minyak hitam dan sambal terkeluar ini sebenarnya ada caranya. Bakar saja dalam air fryer atau oven, setel masalah. Minyak guna sikit dan sambal pun kekal dalam ikan. Caranya dikongsi oleh Munira Ali.
Cencaru sumbat sambal guna air fryer lagi senang
Cencaru sumbat sambal. Asal nak goreng tapi bila malas nak kotorkan minyak dan kuali. Jadi saya bakar dalam air fryer saja, dalam oven pun boleh. Jadi tak lah kotorkan minyak kan. Rempah dalam ikan pun tak keluar. Lawan pulak dengan air asam. Yummy
Bahan-bahan untuk sambal
1½biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar
4-5 tangkai cili api
Belacan sikit
Cukup rasa
Asam jawa
Gula 1 sudu
Nota: Sukatan bahan untuk 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalai ikan banyak boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas tambah cili.
Cara membuat:
1. Kisar kasar bawang, cili serta belacan, kalau tumbuk lagi sedap.
2. Tumis sekejap sambal tadi hingga masak, masukkan perasa, air asam dan gula.
3. Dah siap tumis, sumbat dalam ikan yang dibelah.
4. Masukkan dalam air fryer. Sembur minyak sikit supaya ikan tak kering sangat.
5. Guna suhu 180 darjah Celsius, masa 15 minit kemudian terbalikkan. Biar lagi 15 minit. Nak lebih garing tambah lagi 5 minit. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Munira Ali