Hujung bulan depan kita dah nak mula puasa. Dah boleh juga kalau nak siap-siapkan bahan bagi yang nak buat kuih raya.
Salah satu kuih yang selalu di setiap rumah waktu raya adalah tart nenas. Biasanya kalau buat sendiri, jem kita beli yang ready made. Cuma kalau beli rasanya ‘kureng’ berbanding buat sendiri.
Nak sedap kena buat sendiri, kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Nureen Jalaly
ini. Jem nenas homemade ini bukan saja enak tapi juga tahan lama. Boleh tahan setahun. Nak buat juga tak lama. 10 biji nenas boleh siap dalam 1 1/2 jam.Di sini saya kongsikan cara-cara buat jem tart nenas. Hanya perlukan 1 1/2 jam untuk membuat inti untuk 10 biji nenas.
Bahan-bahan:
10 biji nenas – dibuang kulitnya dan matanya
Gula
2 penutup kecil pewarna kuning
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 penutup kecil esen vanilla
1 biji limau nipis
Cara membuat:
1.10 biji nenas diparut/disagat dan jangan sampai bahagian tengah nenas. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.
2. Setelah semua nenas habis disagat tapiskan airnya sehingga kering.
3. Seterusnya ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir. Pastikan guna mangkuk yang sama.
4. Selepas itu masukkan ke dalam kuali isi nenas bersama gula. Masukkan juga pewarna kuning, esen vanilla,bunga cengkih, kulit kayu manis kemudian hidupkan api. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).
5. Akhir sekali setelah tutup api perahkan asam limau nipis (inti ini boleh tahan setahun jika disimpan dalam peti ais).
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nureen Jalaly