Makan

Buat Laksa Goreng, Ganti Mi. Sedapnya, Confirm Makan Berulang

Share

Selalu pagi-pagi kita goreng mi atau bihun, cuba buat laksa goreng pula. Mungkin ada yang biasa menyediakan hidangan ini tapi ramai lagi rasanya yang tak pernah cuba.

Seperti makan laksa, sekali makan laksa  goreng ini mesti akan ulang makan. Memang tak puas makan sekali. Tapi pastikan pilih laksa halus, lagi sedap.

Cuma cara membuatnya sedikit berbeza dengan menggoreng mi. Penyedapnya terletak pada rasa udang kering dan taucu.

Cara buat laksa goreng

Bahan-bahan

1 kilo laksa halus
4 ulas bawang putih -diketuk
300 gram udang
10 biji bebola ikan -dibelah dua
4 biji telur
Tauge
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk belacan
Cili merah dipotong untuk hiasan
Daun sup -hiasan
Serbuk perasa
Garam
Minyak secukupnya

Bahan kisar
7 batang cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kacang tauchu
1 sudu besar udang kering

Cara memasak

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.

2. Masukkan cili kisar , masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan udang dan bebola ikan, masak seketika.

4. Masukkan telur (pecahkan dalam kuali ) dan gaulkan sehingga masak.

5. Masukkan sos ikan , sos tiram dan serbuk belacan. Serbuk perasa lalu gaul rata.

6. Masukkan laksa dan tauge, gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

7. Taburkan cili merah dan daun, siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ateekah

 

IKLAN