Makan

Buat Lempeng Sayur Lagi Sedap Cicah Dengan Sambal Bilis. Ini Caranya

Share

Selalu kita buat lempeng, kosong saja. Ini pun dah sedap bila hiding dengan sambal ikan bilis. Nak lagi sedap kita buat lempeng sayur kerana ‘ada rasa’ berbanding lempeng kosong.

Nak makan begitu saja pun sedap. Cara membuat lempeng sayur ini dikongsi oleh Dapur Dak Maz.

Cara Buat Lempeng Sayur

Bahan-bahan

1 paket 850g tepung gandum
1 ikat daun bawang & daun sup
1 Labu bawang merah
1 sudu teh baking powder
2 biji telur ayam
Air masak secukupnya (ikut kesesuaian adunan)
Pewarna Kuning
Garam & Serbuk Perasa
Minyak masak

Cara membuat

1. Hiris nipis bawang merah dan potongkan daun bawang serta daun sup satukan bahan tersebut.

2. Gaulkan semua bahan, pecahkan telor.

3. Masukkan air sikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang betul. Bancuhan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.

4. Letakkan peras, biarkan adunan selama 1/2 jam.

5. Kemudian barulah boleh di canaikan di atas kuali leper. Sebelum canaikkan oleskan dengan minyak masak sedikit.

6. Guna api yang perlahan.Terbalikkan jika lempeng di bawah sudah nampak keperangan sedikit. Siap di hiding dengan sambal ikan bilis.

Selamat mencuba.

Sumber: Dapur Dak Maz

Published by
VK