Selama ini ingatkan susah buat mi kuning, kena ada mesin bagai tapi bila baca cara yang dikongsi Norain Naim ada cara mudah rupanya.
Cuma guna 4 bahan yang sememangnya ada di rumah, hiris mi pula pakai pisau saja. Percubaan kali pertama buat tapi dah menjadi katanya.
Bagusnya mi ini tak guna apa-apa bahan kimia, kapur, pengawet atau asid borik. Selamat dan sihat untuk kita makan.
Mi homemade 4 bahan
Bahan-bahan
300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
Air suam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam (tambah sedikit serbuk kunyit kalau nak mi nampak kuning). Air agak-agak saja tau, sampai doh tak melekit pada tangan. Jangan lebih air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Waktu canai nipis doh tabur tepung sedikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat doh tadi. Sila tengok gambar ye. Lipat untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak perlu lipat.
4. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Guna pisau saja, kita suruh suami yang potong. Ikut cita rasa masing-masing nak nipis mana.
5. Rebus 5 minit atau sampai mi lembut
6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais supaya mi terlebih kembang. Letakkan minyak sikit supaya mi cantik berderai.
Elok je mi homemade ni, tanpa bahan kimia, selamat untuk dimakan.
Sumber: Norain Naim
Nak beli mesin mi kuning pun boleh juga. Klik SINI
Artikel berkait
Cara Buat Mee Sizzling Sebijik Macam Makan Di Food Court
Cara Goreng Bihun Agar Elok Lembut, Sedap & Tahan Sampai Malam