Makan

Buat Pizza Roti Tawar Kalau Roti Banyak Lebih. Bakar Dalam Kuali Saja

Share

Selalu terjadi dah beli roti pek besar tapi dah sampai tarikh luput tak juga habis. Daripada terbiar naik kulat, elok guna buat pizza roti tawar begini. Cara buat pun mudah, tak perlu bakar dalam ketuhar bagai. Boleh guna kuali saja.

Resipi pizza roti tawar

Bahan-bahan

4-5 keeping roti tawar
2 butir telur
100 ml susu UHT

Bahan topping

2 sosej -dihiris
Sos Bolognese (sos tomato)
Parutan keju
Serbuk parsley (jika ada)

Cara membuat

1. Campur telur dan susu UHT dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.

2. Potong dadu roti tawar kemudian campur dalam bancuhan telur tadi. Gaul hingga bancuhan menyerap dalam roti.

3. Panaskan kuali non stick kemudian oles dengan marjerin.

4. Letakkan adunan roti tadi di dalam kuali. Letak sos, tabur sosej, keju dan serbuk parsley di atasnya.

5. Kemudian tutup kuali, bakar dengan api kecil hingga pizza dan bahan toping masak.

Sumber: Musfina Ayub

 

Published by
VK