Ramai yang tanam pokok jenis limau termasuklah lemon dengan harapan bila berbuah senanglah untuk guna dalam masakan atau minuman.
Tapi masalahnya harapan tinggal harapan, lama menunggu pokok pun dah besar tapi tak juga berbuah. Dah letak baja buah, pangkas dahan dan siram secukupnya namun belum berhasil.
Jika begini mungkin sampai masa untuk kita buat pokok stres. Ini sebenarnya cara untuk memaksa pokok berbuah.
Terdapat beberapa cara untuk buat pokok stres supaya akhirnya berbunga serta berbuah.
1. Kaedah stres air
- Jika tanam pokok limau dalam pasu boleh buat kaedah buat stress air dulu dalam 2 minggu.
- Caranya sekiranya hari-hari siram 5 liter air, kurangkan jadi 1-2 liter sahaja, itu pun jangan siram hari-hari. Bila daun nampak agak layu barulah disiram.
- Selepas 2 minggu baru pangkas & letak baja buah yang tinggi unsur P&K contoh baja MKP (0-52-34). Selepas itu boleh siram seperti biasa semula.
2. Kelar ranting pokok
- Jika tanam pokok di atas tanah boleh cuba buat teknik kelaran pada ranting pokok.
- Caranya, pilih ranting yang sihat dan matang dan buang beberapa helai daun.
- Kemudian gunakan pisau dan buat sedikit kelaran (buang kulit biar nampak batang) pada keliling ranting.
- Lakukan penjagaan seperti biasa, selepas dua tiga minggu pokok akan stres dan mengeluarkan bunga seterusnya buah.
Semoga bermanfaat
Sumber: Pyan Sempoi & Encik Nelayan