
Kita memang selalu beli air mineral untuk minuman dan botolnya, sama ada kita buang atau kita simpan untuk dikitar semula.
Dari terkumpul dan terbiar saja di rumah elok juga kalau digunakan semula botol ini untuk tanam sayur sekitar rumah. Dapat juga jimat sedikit sebanyak belanja dapur, tambah pula harga sayur sekarang mahal.
Idea ini juga dilakukan oleh Amb Jerome. Gara-gara sayang nak buang botol mineral 1.5 L ini botol-botol ini dikumpul dan dijadikan bekas tanam sayur.
Menariknya tanam sayur dalam botol ini ada kelebihannya. Kata Amb ia lebih mudah senang dijaga, letak baja, siram dan merumput.
Projek sayur dalam botol mineral 1.5 L
Tuaian pertama sayur bayam merah. Sejak PKP 2 bulan saya mula tanam sayur dalam botol 1.5L. Sayang betul nak buang botol-botol ni. Ada kangkung, bayam putih, bayam merah. Bayam dah boleh dituai.
Kelebihan tanam dalam botol mineral ini senang dari segi penjagaan, letak baja, siram dan merumput.
Ini first batch saya try tanam. Saya semai benih terus dalam botol tapi terlalu banyak. Saya terpaksa cabut dan pisahkan letak dalam botol lain.
Medium yang diguna tanah merah campur tanah kompos. Siram setiap pagi dan petang siram. Selang 3 hari siram dgn baja AB. Saya pakai baja AB leafy juga.
Dah boleh tuai hasil.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Amb Jerome
Luar Nampak Setinggan Dalam Macam Kondo. Idea Deko Rumah Papan Ini Memang Inspirasi!

Isi Kandungan
Toggle
Biasanya bila menyewa kita jarang nak deko atau hias rumah. Rumah orang buat apa nak buat cantik-cantik. Ini alasan biasa kita dengar. Tapi berbeza pula dengan Emma Syahira Abd Halim yang punya pandangan berbeza.
Suka melihat keadaan rumah yang cantik walaupun kediaman yang diduduki ketika ini disewa dan hanya rumah papan tapi wanita ini sanggup berhabis untuk memastikan tempat dia berlindung itu indah di pandangan matanya. Lebih dari itu idea dekorasinya memang cantik. Kalau tengok dari luar keadaan rumah memang tak percaya.
Tengok dari luar macam tak percaya
Semuanya DIY
Saya suka tengok ramai yang share deko rumah masing-masing lagi-lagi deko rumah papan/rumah kayu/rumah kampung. So izinkan saya sahabat semua nak share idea dekorasi rumah papan yang sama saya masih lagi diami sampai sekarang.
Konsep macam biasa saya tetap berpegang dengan “LUAR SETINGGAN DALAM CONDO”. Hope dapat jadi inspirasi untuk anda semua. Macam biasa apa yang kit boleh DIY, kita DIY. Yang penting deko kit tetap. Apa-apapun inilah rumahku syurgaku.
Beli barang di sini
Sarung kerusi rotan – Jahit sendiri
Sarung sofa – Diy guna stepler gun
Sarung bantal – Shopee
Bantal silver – Mr DIY
Langsir – Romantika
Alas Meja (table cloth) – Shopee
Cermin – Eco
Gam cermin – Tape 3m beli kat hardware
Led – Mr DIY
Lampu dinding – DIY Dari barang eco
Cat – Sancora Wood & Metal Paint (Gloss Guard) kod mirage
Kerusi rotan – preloved
Kerusi pengantin – preloved
Rak bertingkat – ikea
Rak cermin – ikea
Kerusi smiley – Romantika
Bekas lampu viral – Romantika
RUG (Bulus2) – Romantika
Sumber: Emma Syahira Abd Halim
Cara Tuam Yang Betul Bila Anak Demam, Barulah Panas Cepat Turun

Isi Kandungan
ToggleBukan saja ibu bapa baru, yang sudah ada tiga anak pun masih tertanya-tanya tentang kemusyilan merawat anak yang demam.
Salah satunya adalah cara untuk tuam anak, mahu guna air panas atau sejuk? Berikut adalah penjelasan doktor tentang perkara mudah tapi ramai ibu bapa yang salah praktik.
Air sejuk atau panas
Juga ramai perawat akan menasihati ibubapa melakukan tuaman pada tubuh badan anak secara berkala apabila suhu badannya tinggi menggunakan tuala yang basah.
Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/ suam. Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/ suam.
Sebetulnya begini
- Pandangan yang lebih rojih/ tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.
- Air yang panas/ suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang2 roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.
- Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.
- Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/ suam kuku bagi tujuan ini.
- Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais.
- Tidak perlu menggunakan penampal demam sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.
Semoga bermanfaat.
Sumber Facebook Abdul Rahman Abdul Kadir
15 Perkara Asas Tentang Servis Kereta Kena Tahu Supaya Kita Tak Tertipu

Bawa kereta pandai tapi bab penjagaan kereta failed. Selalu dikaitkan dengan wanita tapi rasa golongan lelaki ada juga yang begini.
Dah beli mahal-mahal, kereta kenalah jaga, kena hantar servis. Dan dalam rutin servis kereta ini ada beberapa perkara asas yang kita perlu tahu supaya tak tertipu dengan bengkel yang mungkin akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa-apa.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. Filter
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. Spark Plug
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. Bateri kereta
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. Timing belt
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. Clutch plate
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. Fuel filter
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. Air filter (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. Gear oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake fluid dan Power steering fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-cond belt/ Alternator belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Minyak hitam
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
15. Ikut jadual maintenance
Perlu diingatkan maintenance schedule yang mengikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar itu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
Ada banyak lagi sebenarnya yang kena tahu, boleh belajar sedikit demi sedikit.