Biasanya bila berbuka puasa mesti ada kuih muih sebagai hidangan pembuka. Salah satu yang sedap disantap bila iftar adalah puding. Bukan saja sedap, sejuk saja bila lalu di tekak.
Antara puding yang enak untuk kita sediakan adalah puding lumut butter, dikongsi oleh opah Mas Cotek cara membuatnya juga mudah. Rasanya tengok saja pun dah tahu sedap dan berlemak.
Cara buat puding lumut butter
Opah share lagi untuk kome aje…
Bahan Puding Lumut:
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150 gm gula pasir
125 gm santan pekat
550 ml air
100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sdt garam
1 sdt esen vanilla
1 sdt pewarna hijau
Ads
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu.
2. Didihkan dengan api perlahan, kacau sesekali sahaja
3. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang
4. Tuang ke dalam acuan/loyang, sejukkan.
Info: Untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut
Bahan Puding Mentega
Ads
Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm mentega dicairkan
1 sdt esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)
Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sdb gula pasir
550 ml air
Ads
Cara membuat:
1. Masak bahan B sehingga larut dan meruap.
2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3. Biarkan mendidih/tutup api
4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut dan sejukkan
5. Cakar-cakar sedikit permukaan puding lumut baru tuang adunan puding mentega supaya melekat. Sejukkan.
Kuih puteri ayu antara santapan biasa kita waktu pagi mahu pun petang. Rasa yang manis, tekstur lembut bersama kelapa buat ia jadi kegemaran ramai.
Jika satu keluarga suka dengan kuih ini, elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Nak buat 100 biji pun boleh, puas hati makan. Sambil itu boleh sedekah juga pada ahli keluarga terdekat atau jiran.
Cara buat kuih Puteri Ayu, dapat 100 biji sekali masak
Hari ini kita siapkan order 100 biji kuih puteri ayu. Resipi saya buat sekali harung saja, dalam satu bancuhan. Dapat dalam 140 lebih juga. Bagi yang cari resepi kuih puteri ayu satu adunan dapat banyak boleh guna resipi ini. Saya pun dapat dari sahabat di Facebook je. Tapi alhamdulillah menjadi resipi puteri ayu 100 biji.
Bahan ayak
10 cawan tepung gandum
5 sudu kecik baking powder
(Dah siap ayak, ketepikan dulu)
Bahan untuk mixer
6 biji telur gred A/B
4 cawan gula halus
5 sudu kecik ovalette
(Putar dalam mixer bahan di atas sampai kembang putih dan bertanduk. Dalam 5 minit. Ini langkah paling penting)
Bahan berair
2 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan, tapis dan ambik airnya)
1 cawan air putih
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan berair dalam satu jag.
2. Dalam satu bekas, masukkan bahan yang mixer berselang seli tepung dan bahan berair. Putar supaya sekata saja, tak perlu putar lama.
3. Apabila dah siap putar, ketepikan dan perap adunan dalam 1 ke 2 jam
4. Sambil itu panaskan kukusan, kukus kelapa parut yang digaul jaram dan sedikit tepung jagung selama 5 minit.
5. Sementara itu oles acuan puteri ayu dengan minyak. Bila kelapa parut dah siap kukus keluarkan. Biarkan air kukusan mendidih.
6. Masukkan kelapa parut dalam acuan, tekan sampai habis dalam. Menggunakan piping bag masukkan adunan dalam acuan bila adunan dah siap perap satu hingga dua jam.
7. Sebelum guna adunan, guna spatula kaup balik untuk buang angin kemudian baru masukkan dalam piping bag dan tekan ke dalam acuan.
8. Kukus antara 8-10 minit saja. Penutup periuk kukus pastikan dilapik kain. Supaya air tak jatuh atas kuih yang akan menyebab kuih bantat.
9. Dah cukup 8 minit, angkat dan keluarkan. Masukkan acuan lain dan kukus lah smpai siap semuanya.
Kalau lepas raya nanti korang teringin nak pakai kebaya saiz S maka bermula dari sekarang kenalah ubah corak pemakanan.
Perkongsian daripada Adyla Rose ini boleh dijadikan panduan untuk korang yang merancang nak kurus.
Bukan saja kena kawal kuantiti makan, penting juga untuk cari produk makanan yang sihat, kurang kalori dan lemak seperti ini.
Barang dapur ini wajib ada jika mahu kurus!
1. Minyak zaitun
Minyak boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Minyak zaitun ni ada banyak jenis. Korang cari yg sesuai utk kegunaan korang k.
Kat label tu ada dinyatakan jenis masakan yg sesuai dgn jenis masakan yg korang nak. Contohnya:
– Extra virgin, virgin olive oil – sesuai utk salad, sos dressing (of course u ambil olive oil secara mentah lebih baik)
– Pure olive – bakar & grill
– Extra light- frying & baking
– Olive Pomace Oil – korang kena tau (minyak zaitun jenis ini, kualiti paling rendah)
Semua jenis olive oil ni ada smoke point masing-masing ya. So, cara pengambilan (masakan) korang kena alert. Jangan panaskan melebihi smoke point sebab nanti kualiti atau nutrient tu merosot.
Dalam diet sihat, if nak masak tumis, gunakan teknik tumis ringkas je atau stir fry. Minyak hanya guna sedikit 1 sudu, goreng pada suhu yg rendah, tak lebih smoke point & tak terlalu lama & dibiarkan terendam. Jangan lebih dari smoke point. Kawal suhu.
❌Memang tak masak dengan cara DEEP FRYING.
2. Minyak untuk stir fry. Nak yg lebih murah boleh guna coconut oil
3. Cari garam bukit
Tukar garam biasa kepada garam bukit kerana mengandungi lebih mineral. Tapi still kena minimumkan penggunaan k. Secubit je dalam masakan
4. Pilih susu low fat
5. Susu almond kalori paling rendah 100ml = 39cal !
Tapi of course harga a bit mahal. Selalu susu ni hanya bertahan kurang dari 3 hari jeee sebab sedap sangat!
6. Pilih Greek yoghurt
7. Green tea untuk meningkatkan metabolisme badan
8. Kalau tak suka teh boleh cuba kopi ni.
Kalori sgt rendah! Make sure minum kopi kosong ye. No sugar.
9. Dressing brand Kewpie
Kalau nak dressing, supaya meal korang tak hambar boleh pakai brand Kewpie. Korang pilih la, banyak lagi perisa yg lain. Limit satu sudu je ya dalam hidangan korang. Tak boleh lebih-lebih. Apa-apa pun yg korang pilih check label dulu okay.
11. Chia Seed
Ha, yg ni Chia seed. Adyla ambil ni setiap hari. 1 sudu je.
12 . Kekacang untuk snacking time. Pilih kekacang yang unsalted.
13. Ambil cuka epal
Cara yang disyorkan: Boleh guna cuka epal @ cuka teen. Yang ini diminum pagi setiap hari 5 minit sebelum ambil meal. If berpuasa, sebelum tido. 1sudu cuka epal + 200ml air suam. Korang boleh baca tentang cuka epal di sini ?????? https://www.healthline.com/nutrition/apple-cider-vinegar-dosage
14. Pilih rolled oat
Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.
15. Pilih parboiled rice @ brown rice
16. Kalau bosan makan roti boleh beli wrap. Pilih jenis wholegrain & 6 grains
17. Cari roti GI Index 55
Kalau dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46) , if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55.
18. Untuk jem, pilih yang tiada campuran gula dan garam
19. Keledek manis
Pelbagaikan menu yg mengandungi karbohidrat contohnya keledek manis. keledek memainkan peranan baik dalam diet sihat dan mampu menurunkan berat badan tapi mesti jaga portion.
20. Coklat koko 85%
Teringin makan coklat boleh pilih yg kandungan cocoa 85% ke atas. Korang jangan makan habis satu ni ya. 1 kotak kecil tu je.
21. Stevia untuk pemanis semula jadi, boleh gunakan madu (yang original)
22. Ayam pilih bahagian dada
Dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. Jangan lupa ambil ikan jugak. Boleh pelbagaikan.
Pokok kucai antara tanaman yang senang membiak jika betul penjagaannya. Tengok sajalah hasil pokok kucai Rabihah Ahmad ini. Banyak dan merimbun walaupun asalnya satu pasu saja. Beliau juga turut berkongsi cara penanaman kucai yang dibuat dalam pasu saja.
Cara dan tip tanam kucai
Tanam kucai belakang rumah, dalam pasu. Pokok paling berjasa, dah 20 tahun masih setia ngan kita. Dari satu pasu kini berpasu-pasu. Kucai ini saya tanam dari ubi kucai bukan dari biji benih.
Cara tanam kucai
1. Pemilihan tanah pastikan tanah yang peroi. Maksudnya tanah yang tidak simpan air dah mudah gembur. ( Atau boleh juga beli tanah nurseri 6+1 + 20% sabut kelapa + tinja ayam. Gaul sekata).
2. Masukkan tanah dalam polisterin dan tanam ubi kucai. Siram dengan air. Biarkan seminggu, kemudian boleh alih anak kucai ke pasu. (Klik SINI untuk beli ubi kucai di Shopee)
3. Baja pokok kucai sebulan 2 kali. Boleh guna baja organik, jika guna baja kimia tanah mengeras (klik SINI untuk beli baja). Boleh juga guna baja tinja ayam. Ambil segenggam larutkan dalam air dan siram pada pokok kucai.
3. Bila kucai dah terlalu padat, kena rajin biakkan. Terlalu padat dalam pasu nanti kucai tak gemuk.
4. Letak pokok kucai pada pendedahan matahari dari pagi sampai petang. Jangan letak kucai di kawasan ada cahaya lampu malam untuk elak kucai berbunga, nanti daun kucai akan jadi kurus-kurus.
5. Siraman air memadai sekali sehari.
6. Tuai pokok kucai 2 minggu sekali. Jangka hayat kucai lebih dari 5 tahun.
Kereta baru, pakai kereta baru setahun dua tapi dah masuk bengkel sebab rosak. Semuanya boleh jadi jika kita jadikan selalu buat 5 perkara di bawah. Info ini dikongsi dalam satu video pengusaha bengkel kereta @altimatsaujana. Bagi yang pakai kereta baru take note ok!