Buat Raised Bed, Cara Bercucuk Tanam Jika Tanah Di Kawasan Rumah Tak Subur, Keras & Berbatu

Share

Suka bercucuk tanam tapi kawasan rumah tanah pula tak subur, keras dan berbatu, tak sesuai untuk bercucuk tanam.

Meskipun begini tanah di kawasan rumah tapi tetap ada cara kalau bersungguh untuk bercucuk tanam. Ada cara yang boleh dilakukan. Antaranya membina raised bed atau batas tanaman. Caranya dikongsi oleh Enkay Nik Mustaffa

Tip membina raised bed

Saya tertarik dengan soalan yang diajukan oleh rakan kebun yang mengatakan tanah kawasan rumahnya keras dan berbatu. Jangan risau, tuan puan masih boleh berkebun. Hanya dengan sedikit usaha, ia pasti akan berhasil.

Banyak teknik yang boleh digunakan seperti korek tanah sedia ada, tambahkan tanah lain, guna pasu, guna polibeg, guna kotak polisterin dan sebagainya.

Namun, saya memilih untuk cadangkan adalah dengan membina raised bed. Bahasa mudahnya membina batas tanaman.

Berikut langkahnya :

1. Sediakan kotak batas
Boleh dari kayu pallet, kayu terpakai, kayu yg baru pun boleh, , batu bata, tayar lori, tayar kereta, tayar bas dan apa apa sahaja yang sesuai. Ketinggian yang sesuai adalah lebih kurang sejengkal setengah orang dewasa. Ketinggian ini sesuai untuk tanaman jagung, terung, cili dan sayuran hijau berdaun seperti kangkung, sawi, kailan.

2. Lapiskan lapisan bawah dengan kotak atau papan lapis, atau guni jut.

3. Lapiskan lapisan berikutnya dengan rumput atau daun kering.

4. Lapiskan lapisan berikutnya dengan daun agak basah.

5. Paling atas, lapiskan dengan tanah top soil + humus atau kompos.

6. Tanam tanaman pilihan tuan puan sebagaimana biasa.
Sekiranya tak cukup kelengkapan, ikut hingga langkah ketiga, terus tambah topsoil.
Selamat berkebun, selamat membina raised bed.

Kredit: Enkay Nik Mustaffa

 

Published by
VK