Rendang kacang panjang mungkin ada yang pernah makan tapi boleh jadi ada juga yang tak tahu kewujudan lauk rendang ini.
Hidangan dari Negeri Sembilan sememangnya enak. Boleh cuba jika mahu merasai citarasa rendang yang berbeza.
Kalau dah buat rendang ini, tak masak sayur pun tak mengapa kerana sudah ada kacang panjang yang dimasak sekali.
Cara buat rendang kacang panjang
Bahan-bahan
Pedal, hati, isi ayam sikit (jika nak guna ayam saja pun boleh)
Kacang panjang
Cili padi (lebihkan jika suka pedas)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 asam keping
1 kotak santan
Serbuk kunyit (optional)
Garam dan gula secukukupnya a
4 helai daun kunyit dihiris nipis
Minyak untuk menumis
Cara membuat
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia,serai, lengkuas, serai dan cili api.
2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
3. Bila bahan tumis dah terbit minyak, masukkan hati, pedal dan ayam. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan asam keping, serta tuang santan.
5. Kacau hingga naik minyak barulah masukkan kacang Panjang. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris lalu digaul rata.
7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi hingga sebati. Siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Noratiqah Nordin