Makan

Buat Sambal Kering Guna Ikar Selar Lagi Sedap, Pilih Saiz Yang Kecil

Share
Hidangan sambal kering bukan saja sedap bila dimakan dengan nasi panas tapi juga tahan lama. Kebiasaannya untuk membuat sambal kering ini kita menggunakan ikan bilis tapi  tapi berbeza dengan cara Zyda Arshad yang menggunakan ikan segar.
Katanya ikan paling sedap untuk membuat sambal garing seperti ini adalah menggunakan ikan selar kecil.  Paling sedap guna ikan selar kecil.
Bila makan sambil gaul sambal kering ini dengan nasi panas, memang syahdu. Gabung pula dengan masak lemak putih sayur, lagilah sedap.
Cara buat sambal kering ikan selar kuning
Bahan-bahan
Ikan selar – dibersih
Cili kering -direbus
Bawang besar -dipotong
Bawang ros -dipotong
Bawang putih -dipotong
Belacan
Asam keping/ air asam
Garam, gula, serbuk perasa
*Kuantiti bahan ikut citarasa
Cara membuat:
1. Gaul ikan selar dengan garam dan kunyit dan goreng. Ketepikan.
2. Kisar kering cili kering, bawang dan belacan, jangan guna air.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan dikisar sampai garing.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa, gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan ikan selar yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap
Sumber: Zyda Arshad
IKLAN