Buat Sandwic Strawberry & Chocolate Peanut Butter, Guna Roti Ini. Confirm ‘Laris’ Waktu Jamuan Sekolah Anak

Share

 

Minggu ini dan minggu depan banyak majlis jamuan diadakan di sekolah. Bagi mak-mak terutama yang bekerja selalu tercari-cari menu apa yang nak dibawa untuk anak bersekolah ini. Kalau boleh yang mudahlah kan.

Nak senang boleh buat sandwic menarik ini. Tak perlu masak beli roti saja. Tapi pastikan guna roti butterscotch dan coklat kismis untuk dapat warna ini. Untuk filling boleh sapu dengan jem strawberi dan chocolate peanut butter. Menarik idea dikongsi oleh Syahirah Adnan ini kan.

Sandwic mudah buat dan confirm laris untuk jamuan sekolah anak

Caranya:

1. Beli 1 bungkus roti butterscotch dan 1 bungkus roti coklat kismis ( 2 bungkus roti ini boleh dapat satu box sandwich, ada lebih lagi roti butterscotch).

2. Sapu jem strawberi atau strawberi filling pada satu keping roti coklat.

3. Sapu chocolate peanut butter pada sekeping lagi roti coklat.

4. Letak atau tindih roti butterscotch di bahagian tengah kemudian potong 4 bentuk X. Boleh buang tepi kulit roti. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Syahirah Adnan

 

Published by
VK