Bila musim cuti sekilah anak-anak ada di rumah, kita memang kena ada banyak stok makanan. Kalau nak jimat dan senang kerja boleh ikut seperti perkongsian Naz Reen ini.
Hanya buat satu doh tapi boleh dapat 3 jenis hidangan iaitu donat, roti pizza dan roti sosej. Roti piza dan roti sosej boleh makan terus, donat pula boleh frozen makan lain kali. Kan mudah macam ni. Nak buat pun seronok!
Buat satu doh dapat 3 menu – donat, roti sosej & roti piza
Hanya guna satu resepi, dapat hasilkan 3 jenis hidangan ini!
1. Donat
2. Roti Pizza
3. Roti Sosej
Cara membuat boleh ikut bahan dan langkah di bawah.
Bahan A
1 cawan air suam (suam panas)
2 sudu besar susu pekat
1 peket yis (mauripan)
Ads
Satukan semua bahan dalam jug dan kacau hingga larut. Biarkan sehingga yis berbuih/ kembang. Sementara tunggu kembang, sediakan bahan-bahan B.
Bahan B
5 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
3 sudu besar majerin (saya guna Planta)
Masukkan dua bahan ini dalam besen dan gaul sebati.
Bahan C
3/4 cawan air paip/ mineral
Kalau tak tahu bagaimana untuk sukat, ambil gelas dan anggap gelas itu ada 4 bahagian. Isi 3 bahagian gelas tu. Maknanya tak sampai 1 cawan air digunakan.
INFO : Pastikan cawan yang sama untuk sukat air & tepung.
Langkah penyediaan
1. Apabila yis dah cukup kembang, masukkan ke dalam Bahan B dan gaul.
2. Tambah bahan C sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat di tangan/ sampai lembut. (Saya uli 10 minit).
Ads
3. Tutup bekas dan biar hingga kembang 20 minit.
4. Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbuk doh dan bentuk ikut cita rasa.
5. Jika buat donut, selepas dibentuk biarkan doh kembang kemudian boleh terus digoreng.
Untuk buat donat frozen, goreng separuh masak. Selepas sejuk boleh bungkus dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
6. Untuk roti piza, letak topping yang disukai (saya letak hirisan sosej, bersama sos dan mayones). Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Siap!
7. Begitu juga roti sosej, balut sosej dengan doh ikut kreativiti, biar kembang kemudian boleh bakar selama 15-20 minit, boleh juga digoreng.
Kalau ikut cara yang dikongsi mudah saja membuatnya. Berbaloi kalau nak cuba buat sendiri di rumah.
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Kuih apom lenggang ini hidangan yang popular di negeri sebelah Utara. Sedap makan dengan kaya, gulai ataupun sambal.
Cuma nak jumpa orang Melayu jual tak ramai. Jadi kalau nak makan kena usaha buat sendiri. Nak cuba buat? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Atika Nazirah.
Buat sendiri apom lenggang
Ini kuih kegemaran sis masa kecik-kecik dulu. Kuih ni sangat famous belah utara. Selalu balik sana susah nak jumpa orang melayu jual. Ada pun peniaga berbangsa India yang jual.
Jadi kita buatlah sendiri kalau teringin. Tak sangka menjadi apom lengang sis. Tepi2tu crunchy sangat, tengah pula lembut. Sebijik rasa macam yang beli kat pasar malam.
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut. Kisar.
2. Bila semua dah sebati, tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama sejam.
3. Kemudian buka dan kacau adunan dan masukkan kelapa parut kacau hingga sebati.
4. Seterusnya panaskan kuali sapu minyak, masukkan adunan sesenduk kemudian lenggang dan tutup. Bila dah agak masak dan kekuningan boleh angkat dan gulung. Siap.
Antara pokok sayur yang senang ditanam dalam pasu atau polibeg adalah kucai. Selalu terjadi pokoknya sampai penuh pasu.
Jika terlebih sarat tanaman kucai dalam pasu atau polibeg, kenalah keluarkan untuk proses tanam semula bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak. Untuk mengetahui cara untuk tanam semula kucai ini, perkongsian Euis Maemunah boleh dijadikan panduan.
Cara replant pokok kucai yang penuh pasu
Kali ini nak kongsi cara replant pokok kucai bila sudah penuh dalam pasu atau polibeg.
1. Keluarkan pokok dari pasu/ polibeg. Buang tanah lama.
2. Cuci untuk buang sisa-sisa tanah.
3. Buang akar sependek mungkin, botak pun tidak mengapa, dan ubi yang sudah tua.
4. Bersihkan batang dari kulit yang sudah reput.
5. Siap untuk ditanam semula.
6. Boleh tanam satu polibeg 3-5 pokok.
INFO: Jangan takut untuk buang akar, sebab akar itu sudah tidak berguna lagi. Pokok akan mengeluarkan akar baru.
Puas hati kalau selepas mop lantai nampak permukaan bersih berkilat. Tapi selalu terjadi walau sudah dimop tetap tak nampak berkilat malah melekit pula.
Berikut ada tip yang dikongsi oleh Mizs Lynda untuk memastikan lantai rumah bersih an berkilat selepas dimop.
“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak kilat selagi tu tak sah,”ujarnya.
Kata beliau seminggu sekali ia akan membersihkan lantai rumah dengan cara di bawah ini
1. Tuang air panas suam dalam baldi.
2. Campurkan dengan satu penutup cecair pelembut pakaian (Downy) bersama 5 titis cuka. Kacau.
3. Kemudian boleh mop satu rumah.
Hasilnya lantai akan bersih berkilat. Tapi katanya elakkan guna cuka makan banyak kerana akan menyebabkan lantai melekit.
Selain daripada rutin ini, katanya beliau untuk akan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai biasa setiap hari.