Bila musim cuti sekilah anak-anak ada di rumah, kita memang kena ada banyak stok makanan. Kalau nak jimat dan senang kerja boleh ikut seperti perkongsian Naz Reen ini.
Hanya buat satu doh tapi boleh dapat 3 jenis hidangan iaitu donat, roti pizza dan roti sosej. Roti piza dan roti sosej boleh makan terus, donat pula boleh frozen makan lain kali. Kan mudah macam ni. Nak buat pun seronok!
Buat satu doh dapat 3 menu – donat, roti sosej & roti piza
Hanya guna satu resepi, dapat hasilkan 3 jenis hidangan ini!
1. Donat
2. Roti Pizza
3. Roti Sosej
Cara membuat boleh ikut bahan dan langkah di bawah.
Bahan A
1 cawan air suam (suam panas)
2 sudu besar susu pekat
1 peket yis (mauripan)
Ads
Satukan semua bahan dalam jug dan kacau hingga larut. Biarkan sehingga yis berbuih/ kembang. Sementara tunggu kembang, sediakan bahan-bahan B.
Bahan B
5 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
3 sudu besar majerin (saya guna Planta)
Masukkan dua bahan ini dalam besen dan gaul sebati.
Bahan C
3/4 cawan air paip/ mineral
Kalau tak tahu bagaimana untuk sukat, ambil gelas dan anggap gelas itu ada 4 bahagian. Isi 3 bahagian gelas tu. Maknanya tak sampai 1 cawan air digunakan.
INFO : Pastikan cawan yang sama untuk sukat air & tepung.
Langkah penyediaan
1. Apabila yis dah cukup kembang, masukkan ke dalam Bahan B dan gaul.
2. Tambah bahan C sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat di tangan/ sampai lembut. (Saya uli 10 minit).
Ads
3. Tutup bekas dan biar hingga kembang 20 minit.
4. Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbuk doh dan bentuk ikut cita rasa.
5. Jika buat donut, selepas dibentuk biarkan doh kembang kemudian boleh terus digoreng.
Untuk buat donat frozen, goreng separuh masak. Selepas sejuk boleh bungkus dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
6. Untuk roti piza, letak topping yang disukai (saya letak hirisan sosej, bersama sos dan mayones). Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Siap!
7. Begitu juga roti sosej, balut sosej dengan doh ikut kreativiti, biar kembang kemudian boleh bakar selama 15-20 minit, boleh juga digoreng.
Kalau ikut cara yang dikongsi mudah saja membuatnya. Berbaloi kalau nak cuba buat sendiri di rumah.
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Hidangan dumpling ini memang ramai yang suka. Cuma kalau makan kat luar harganya boleh tahan juga. Untuk 3 saja ketul harganya lebih kurang RM5. Dah tentu tak puas makan.
Kalau nak puas hati, kena buat sendiri. Lagi berbaloi sebab dapat banyak ketul. Nak frozen pun boleh. Bagi yang nak cuba, boleh ikut perkongsian dari Zurina Zulkefli.
Dumpling Ayam berbaloi buat sendiri
Menu berbuka puasa semalam, saya buatkan dumpling ayam untuk keluarga. Saya rasa sangat berbaloi kalau buat dumpling sendiri sebab boleh dapat banyak. Saya siap boleh buat yang frozen punya untuk makan berbuka hari ini dan esok. Saya kongsikan resepi ya. Boleh rujuk setiap gambar.
1.Sediakan bahan
– 5 ketul isi ayam & seketul isi daging lembu
– Cincang lumat, boleh guna mesin pengisar
2.Sediakan mangkuk besar dan masukkan bahan berikut:
– Daging cincang tadi
– Lobak merah cincang. Cincang halus ya sebab nak elak kulit dumpling terkoyak.
– Bawang merah cincang
– Daun bawang
– Sebiji telur
– Dua sudu besar tepung jagung
– Serbuk lada sulah dan lada hitam, saya guna jenama Ajishio yang dah sedia ada rasa masin. Kuantiti ikut citarasa.
3.Gaulkan kesemua bahan sebati. Pastikan inti dunpling tidak berair ya sebab kita tak nak kulit dumpling nanti basah dan bocor.
4.Sebelum gunakan kulit dumpling segera. Saya sarankan tabur tepung gandum di atas alas. Tujuannya untuk meletakkan kulit dumpling dan dumpling yang telah siap.
Ini dia kulit dumpling segera yang dapatkan di pasaraya terdekat.
5. Keluarkan kepingan kulit dumpling satu persatu dan letak di atas taburan tepung tadi.
6. Ambil setiap satu dan isikan inti dengan lembut. Tak boleh kasar-kasar sebab kulit dumpling segera ni mudah terkoyak.
7. Tutup inti dan lipat satu persatu. Tekniknya, picit di bahagian tengah kemudian tolak lipatan pertama ke arah tengah. Ish payah nak terang. Kena tengok tutorial kat YouTube. Senang je.
8. Tahu-tahu dah 6 keping siap. Terus letak di atas dulang ya, kemudian simpan dalam peti sejuk. Tak boleh biar lama-lama, nanti dumpling lembik.
Macam ni ha, terus simpan dalam peti sejuk. Nak berbuka nanti, steam kan je.
Cara masak dumpling
Panaskan sesudu besar minyak masak.
Kemudian gorengkan dumpling, tak perlu golek-golekkan ya. Biar je dia tegak.
Kemudian masukkan air dan tutup kuali. Kita biarkan dumpling masak dengan proses pengewapan.
Tunggu sampai air dah kering, kita isi lagi air dan tutup periuk. Kiranya dua kali proses pengewapan.
Biarkan sehingga air kering dan siap.
Tadaaa, air dah kering dumpling pun sedia untuk dimakan.
Berjus pada bahagian dalam inti. Kebiasaan saya makan dumpling ni dengan kicap cair.
Pernah tak anda basuh kain menggunakan mesin basuh automatik tapi kain baju bau hapak walau sudah letak sabun dan pelembut serta pewangi pakaian.
Lagi sakit matam ada banyak kerak hitam yang melekat pada baju. Kalau dah ada dua tanda ini, itu maknanya mesih basuh tersebut perlu dibersihkan kerana sudah ada banyak kotoran.
Macam mana nak bersihkan? Kalau pada mesin basuh akan ada fungsi soak atau tub cleaning, Ia bukan untuk hiasan ya tapi untuk bersihkan tub mesin basuh.
Caranya mudah saja
Tekan ON
Pilih dan tekan pilihan SOAK? TUB CLEANING. Tekan START
Untuk lebih bersih Masukkan CUKA + BAKING SODA. Anggaran 1 cawan cuka dan 4-5 sudu baking soda. Boleh juga beli saja pencuci mesih basuh yang ada dijual.
Biarkan mesin basuh selesaikan fungsinya.
Waktu ini anda akan dapati air dalam mesin kotor menandakan segala kotoran sudah keluar.
Cuka dan soda bikarbonat tadi berfungsi membersihkan mesin basuh dan menghapuskan bau kepam atau hapak.
Amalkan bersihkan tub ini dua bulan sekali untuk elak kotoran tersimpan lama hingga menyebabkan kotoran ini melekat pada baju.
Bagi yang sedang berkira-kira untuk beli kediaman pada tahun ini, dicadangkan untuk menangguhkan hasrat selama dua bulan ini dan tunggu hingga masuk tahun 2025. Ini kerana pembelian rumah pada tahun depan akan lebih menguntungkan pembeli.
Perkara ini disarankan oleh seorang ejen cukai berlesen dikenali sebagai Poovarni Rajagopal malalui satu hantaran di laman TikTok.
Menurut Poovarni, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025, ramai terlepas pandang pelepasan cukai yang ditawarkan kerajaan untuk pemilikan rumah pertama.
“Dua bulan ke hadapan ni jangan beli rumah dulu, tunggu masuk tahun 2025. Ini kerana anda akan dapat menikmati pelepasan cukai sebanyak RM7,000 setahun untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga RM500,000 ke bawah.
“Manakala pelepasan cukai sebanyak RM5,000 untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga antara RM500,000 dan RM750,000. Pelepasan cukai ini boleh dituntut selama tiga tahun.
“Namun, untuk melayakkan anda mendapat pelepasan cukai ini, anda harus menandatangani perjanjian jual beli (SNP) rumah antara tahun 2025 hingga 2027,” jelas Poovarni.
Justeru jangan terburu-buru untuk membeli kediaman pada tahun 2024 ini, hanya kena tunggu sebulan lebih saja lagi untuk dapat pelepasan cukai yang ditawarkan!
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...