Bila musim cuti sekilah anak-anak ada di rumah, kita memang kena ada banyak stok makanan. Kalau nak jimat dan senang kerja boleh ikut seperti perkongsian Naz Reen
ini.Hanya buat satu doh tapi boleh dapat 3 jenis hidangan iaitu donat, roti pizza dan roti sosej. Roti piza dan roti sosej boleh makan terus, donat pula boleh frozen makan lain kali. Kan mudah macam ni. Nak buat pun seronok!
Hanya guna satu resepi, dapat hasilkan 3 jenis hidangan ini!
1. Donat
2. Roti Pizza
3. Roti Sosej
Cara membuat boleh ikut bahan dan langkah di bawah.
Bahan A
1 cawan air suam (suam panas)
2 sudu besar susu pekat
1 peket yis (mauripan)
Bahan B
5 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
3 sudu besar majerin (saya guna Planta)
Bahan C
3/4 cawan air paip/ mineral
INFO : Pastikan cawan yang sama untuk sukat air & tepung.
1. Apabila yis dah cukup kembang, masukkan ke dalam Bahan B dan gaul.
2. Tambah bahan C sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat di tangan/ sampai lembut. (Saya uli 10 minit).
3. Tutup bekas dan biar hingga kembang 20 minit.
4. Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbuk doh dan bentuk ikut cita rasa.
5. Jika buat donut, selepas dibentuk biarkan doh kembang kemudian boleh terus digoreng.
Untuk buat donat frozen, goreng separuh masak. Selepas sejuk boleh bungkus dan simpan dalam peti sejuk.
6. Untuk roti piza, letak topping yang disukai (saya letak hirisan sosej, bersama sos dan mayones). Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Siap!
7. Begitu juga roti sosej, balut sosej dengan doh ikut kreativiti, biar kembang kemudian boleh bakar selama 15-20 minit, boleh juga digoreng.
Kalau ikut cara yang dikongsi mudah saja membuatnya. Berbaloi kalau nak cuba buat sendiri di rumah.
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI