Buat Sendiri 4 Jenis Air Semburan Untuk Elak Serangga Perosak Tanaman

Share

Bila bercucuk tanam takkan lari dari masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya adalah antara kesannya.

Jika tak dikawal boleh berjangkit pula pada tanaman lain. Sekiranya lebih gemar cara semula jadi untuk membasmi serangga ini, boleh DIY air semburan kawalan serangga perosak perkongsian Liyana Mohd Poad

ini.

DIY air semburan mudah untuk kawalan serangga

Ini DIY air semburan untuk kawalan serangga serta air basuhan beras. Semua ini saya buat bila berkelapangan dan simpan dan suhu bilik. Pagi atau petang sembur pada pokok, jangan miss. Hasilnya berbaloi, pokok sihat dan tak kena serangan serangga.

Air semburan bunga cengkih

Caranya, rebus 10 cawan air dan masukkan 4 sudu bunga cengkih rebus. Biar mendidih. Kemudian boleh tapis ambil airnya saja. Sembur pada daun pokok yang terkena serangan ulat/serangga.

Air semburan kunyit dan cili

Penuhkan air dalam botol, masukkan serbuk kunyit. Masukkan sekali 5 biji cili padi yang dipatah-patahkan dan 5 biji bawang kecil.

Peram selama sehari. Sedia untuk digunakan dalam tempoh 2 minggu. Seeloknya sembur ketika cuaca sejuk dan redup. Insya-Allah ulat dan belalang tak rosakkan tanaman.

Air semburan cuka kayu

Ini pula air semburan cuka kayu yang telah bancuh dengan air biasa. Kuantitinya 2ml+1.5L air biasa. Spray sebelah petang.

Cuka kayu memang sangat berkesan untuk atasi masalah serangga perosak pada pokok sayur dan buah. Tapi pastikan bancuhannya betul supaya pokok tidak layu.

Air basuhan beras

Air basuhan beras memang sangat berguna untuk tanaman. Ia membekalkan zat pada tanaman. Siram pada pokok selang 3 hari. Campur dengan 1 liter air biasa .

 

 

Published by
VK