Buat Sendiri Air Freshner Almari Guna 2 Bahan. Almari Tiada Kulat, Bau Baju Pun Harum

Share

Selalu berlaku dalam almari pakaian masalah timbul kulat pada bahagian dinding. Malah ada juga pada pakaian.

Jika pakaian terperuk terlalu lama, masalah tahi lalat pada pakaian serta bau yang kurang menyenangkan juga akan berlaku. Puncanya kerana peredaran udara yang kurang memuaskan dalam almari menyebabkan keadaan di dalamnya lembap.

Agar masalah bau, kulat dan tahi lalat pada baju tidak berlaku, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bezzera untuk membuat sendiri penyegar udara atau air freshner anti kulat dan juga pewangi.

Buat sendiri air freshner almari untuk elak kulat dan bau

1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup (boleh cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.) Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.

2. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan 2 sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.

3. Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.

4. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.

5.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.

Ia boleh jadi bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum.

Selamat mencuba.

Sumber: Bezzera

Published by
VK