Buat Sendiri Air Lai Chi Kang Lagi Sedap & Nikmat, Isi Boleh Letak Ikut Citarasa

Share

Tengok deretan balang air warna warni yang dijual di bazar Ramadan memang menyelerakan. Tapi perlu diingat air ini ada kalanya cantik pada warna saja, bila rasa ramai yang frust kerana tak kena selera atau tak padan dengan harga yang mahal.

Dari beli air sebegini apa kata buat sendiri yang lebih menyegarkan dan juga sihat. Antaranya air lai chi kang. Air ini memang selalu jadi pilihan berbuka puasa, memang nikmat bila diminum sejuk, bagusnya air ini juga menyihatkan.

Cara membuatnya dikongsi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin. Air lai chi kang yang dibuat sendiri ini sedapnya memang lain macam sebab bahannya boleh letak banyak, ikut cita rasa kita.

1. Sediakan barli, getah anggur, kundur, kulat kering, longan kering, kismis, gula batu, gula kabung, kurma merah dan juga biji selasih serta kembang semangkuk. Bahan-bahan ini ada di jual di pasar raya (saya beli di kedai ubat Cina)

2. Sediakan mangkuk dan rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.

3. Masukkan bahan-bahan lain dalam periuk bersama air dan daun pandan lalu rebus sampai bahan bertukar warna dan lembut.

4. Kemudian masukkan selasih dan kembang semangkuk. Sejukkan.

5. Bila dah dekat waktu buka puasa, sediakan ais ketul masukkan dalam mangkuk dan tuang laicikang tadi. Sedia diminum.

Selamat mencuba.

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin

Published by
VK