Antara aiskrim yang ‘heaven’ rasanya dan mudah untuk kita beli adalah aiskrim Magnum. Mana-mana pun ada jual tapi nak membelinya tak bolehlah hari hari.

Sebab harganya pun boleh tahan. Kalau anak ramai memang tak dapatlah makan selalu.  Tapi tak mengapa, kalau anak atau mak pun suka sangat makan aiskrim ini, boleh saja nak buat sendiri.

Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Siti Masitah Awang Kechik. Buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Boleh makan banyak mana suka bila-bila masa!

Resipi aiskrim ala Magnum versi bunjut

Buat Sendiri Aiskrim Magnum Versi Bunjut, Boleh Makan Banyak Mana Suka

Bahan-bahan:

IKLAN
  • 200 ml whipping cream (guna brand jenama shani murah sekotak baru 4.90, cari kat kedai bakeri)
  • 200ml susu full cream Dutch Lady
  • 250ml susu pekat manis
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu makan perisa/esen vanilla-ikut suka

Cara membuat:

  • Campur semua bahan ini dan putar dalam pengisar. Jangan guna blender cili, nanti pedas ice aiskrim. Masukkan dalam jag.

Buat Sendiri Aiskrim Magnum Versi Bunjut, Boleh Makan Banyak Mana Suka

Bahan untuk coklat:

  • 200 gm milk chocolate coin Beryls
  • 150 gm Cadbury Milk Bar (yang kecik tu, beli kat petronas ja)

Cara membuat:

IKLAN
  • Cairkan coklat ini dengan kaedah double boil
  • Masukkan dalam jag.

Cara nak masukkan aiskrim boleh rujuk di bawah

Buat Sendiri Aiskrim Magnum Versi Bunjut, Boleh Makan Banyak Mana Suka

IKLAN

Dah makan, yummyehh!

Buat Sendiri Aiskrim Magnum Versi Bunjut, Boleh Makan Banyak Mana Suka

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Masitah Awang Kechik

 

 

 

Selain itu:  Buat Sendiri Daging Halia Sebijik Macam Makan Di Restoren Cina Muslim. Senang, Bahan Pun Mudah!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI