Buat Sendiri Akuarium Bajet Guna Kotak Gabus Saja, Kukuh & Tahan Lasak Juga

Share

Ramai yang suka pelihara ikan hiasan di rumah dan biasanya kita guna akuarium yang dibeli untuk menempatkan ikan-ikan ini.

Tapi kalau ikan dah banyak, akuarium kecil memang dah tak sesuai. Kena sediakan saiz yang lebih besar. Selain dari beli, kita juga boleh buat sendiri jika mahu akuarium saiz yang mengikut cita rasa kita.

Cara paling jimat adalah dengan menggunakan kotak polyfoam atau kotak gabus yang selalu digunakan untuk letak ais. Akuarium ini juga boleh kita hasilkan sendiri.

Kaedah ini turut dilakukan oleh Poniman Budi yang berkongsi hasil kerja tangannya.

DIY akuarium bajet guna kotak gabus

Saya nak kongsikan DIY ‘kolam ikan hybrid atau kolam bajet. Sebelum ni dah ada aquarium tapi penat nak basuh.

Yang ini kuat dan tahan lasak. Kolam dari bahan polyfoam box ikan atau kotak kabus ikan. Kolam alhamdulillah kuat dan kukuh.

1.Saya guna 3 buah polyfoam atau kotak gabus

2. Proses pemotongan dan cantuman box, potong bahagian tepi dan cantumkan untuk jadikan kolam lebih kurang 5 kaki.

3. Supaya cantuman box kukuh, tambah tulang atau boleh guna batang kayu sate.

4. Kemudian pakai gam silikon dan sapu simen dan cat aqua.

5. Untuk cermin kena tebal 12mm ke atas supaya dapat tampung beban air.

6. Kemudian bolehlah hias ikut kreativiti.

Untuk akuarium lebih canggih, boleh juga ikut perkongsian Azra Craft ini.

Selamat mencuba.

Sumber:  Poniman Budi

Published by
VK