Buku-buku sekolah anak kalau tiada tempat rak khas memang nampak serabut. Tambah pula kalau ada 3-4 orang anak sekolah, lagi lah.
Supaya buku-buku ini tersimpan kemas elok adakan almari khas. Lagi elok kalau buat sendiri, boleh sesuaikan dengan keperluan kita macam yang dilakukan oleh wanita bernama Siti Nor Mohamed ini.
Bermodal beli plywood tak sampai RM500, bersama skil bertukang yang ada dia berjaya menghasilkan 2 almari buku besar ‘gedabak’. Cukup untuk letak macam-macam.
Cara buat 2 rak buku besar ‘gedabak’, guna 2 keping plywood
Haa… Inilah hasil keje Mokcik yg terbaru. Hampir sepurnama nak menyiapkannya. Maklumlah hati jiran perlu dijaga gitu…
Nak menukang ni kenalah pandai ejas waktu, supaya tak mengganggu sekalian alam.
Jadinya, keje-keje hanya dibuat pada waktu tertentu sahaja dan kebanyakkan masa, Mokcik menukang dalam rumah.
Rak ini saiz dia lebih kurang 2.5′ x 7′.Menggunakan 4 keping plywood 18mm dan 2 keping plywood 9mm. Tapi ada belen sikit lagi. Kos plywood dlm RM480. Dapat 2 rak besor ni. Tapi lom kira kos cat, hinges dan handle pintu. Cat tu boleh tahan mahei dia.
Keje-keja memotong plywood jadi mudah dengan jig yang Mokcik buat dulu (tgk post sebelum ni). Sebab rak ni banyak guna saiz potongan yg sama. So dengan guna jig tu, semua potongan akan sentiasa sama. Sebab kalau kita ukur dan potong, takut ada masa kita salah ukur, nanti jadi tak sama besar plak.
Buat rak ni tak susah mana, cuma sebab saiz dia besar dan buat 2 plak tu. Memang keje berat la sikit.
Jig yg dibuat dulu utk memudahkan keje memotong. Cara buat jig ni https://youtu.be/GBHUPb9cW0U
Mokcik tengah memotong, spek lupa nak turunkan…
Ads
Hasil potongan, plywood Indonesia 18mm
Pasang braket dulu, supaya tahan beban.
Dry-fit dulu.
Pastikan ngam semua, baru kita cantum.
Dah siap pasang rangka dia. Gam dan skru je.
Ads
Saja try tutup skru dengan dowel.
Dah siap buat para-para.
Try test masukkan para-para.
Proses menebuk lubang untuk hinges. Pakai jig ni senang. Guna jarak 5mm dari tepi.
Tanggungjawab anak lelaki dalam keluarga memang besar. Tak kira anak sulung atau anak bongsu mereka seharusnya jadi pelindung pada adik beradik perempuan.
Bukan itu saja anak lelaki seharusnya didik menjadi seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Kerana mereka adalah bakal suami, bapa, ketua keluarga yang di bahu mereka terletak amanah yang cukup besar.
Justeru itu supaya menjadi lelaki yang lengkap pakejnya perkara berikut menurut Coach Parenting Taufiq Razif perlu diajar kepada anak lelaki sebelum mereka menjengah usia remaja.
Didik Anak lelaki #5 Perkara Ini Sebelum Usia Remaja
#1. Melindungi
Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
#2. Lemah lembut
Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
#3. Rajin
Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
#4. Hormat
Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
#5. Mencintai
Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya
Nak tukar sarung kusyen tapi corak yang ada kita tak berkenan. Kalau berkenan pula, saiznya pula tak sama. Ada saja masalahnya.
Sudahnya kita buat sendiri sajalah. Takde masalah pun kalau tiada mesin jahit sebab ada saja teknik yang boleh dilakukan untuk menghasilkan sarung kusyen tanpa jahit.
Macam yang dikongsi oleh Nurul Azira ini. Memang senang! Menurutnya dia membuatnya sendiri memandangkan sukar untuk mencari sarung kusyen jenis ini yang mengikut citarasanya.
Alternatifnya buat sendiri walaupun tanpa mesin jahit menggunakan kaedah gunting dan ikat!
Barang yang diperlukan
Kain jenis lycra
Gunting
Cara membuat:
1. Ini warna pilihan yang sukar dicari hingga memaksa ‘menDIY’ sarung kusyen. Terlebih dahulu lipat dua kain sebelum mengukur.
2. Ukur kain mengikut saiz sarung kusyen.
3. Gunting mengikut ukuran, pastikan bahagian hujung dilebihkan untuk proses ikatan.
4. Di bahagian hujung, buat jalur dan gunting.
5. Tutup kusyen dengan kain yang siap diukur tadi.
6. Sekarang proses mengikat. Ikat simpul, pastikan ikatannya kukuh.
7. Inilah rupanya kusyen yang dah siap diikat.
8. Inilah hasilnya. Dah siap sarung kusyen baru ikut citarasa.
Kaedah ini juga sesuai untuk buat sarung bantal hiasan sofa / throw cushion ataupun sarung tilam. Selamat mencuba!
Ramai yang minat makan petai kan. Sekarang pulak banyak yang menjualnya. Elok juga waktu tengah musim kita beli, harga lebih murah. Boleh simpan.
Tapi pastikan cara simpan petai ini betul supaya tahan lama dan kekal segar. Jika ikut perkongsian Mohd Syafiq Ahmad Khasisi ini, petai yang disimpan tetap segar macam baru kupas walaupun dah lebih sebulan dalam peti. Ini caranya.
Tip simpan petai supaya tahan lama dan kekal segar macam baru kupas
Siapa yang suka makan petai boleh ikut cara nak simpan petai supaya segar dan boleh terus masak bila-bila masa sahaja.
Syukur rezeki jugak ayah mertua ada tanam petai banyak, lebih 100 pokok petai ada di dusun tu, jadi stok petai sentiasa ada. Kalau nk beli boleh tahan harga dia kan.
Cara-cara nak simpan petai bagi kekal segar dan tahan lama.
1. Setiap kali petai diambil dan turun dari pokok, selalunya CK akan letak dalam surat khabar dan plastik hitam. Letak di tempat yang sejuk dulu.
2. Kemudian kupaslah petai satu demi satu. Caranya potong mata petai tersebut 2 bahagian (rujuk gambar di bawah). Supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
3. Buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai, jangan tak buang nanti petai cepat rosak kalau ada selaput tu.
4. Masukkan dalam plastik kecik, bahagikan setiap plastik sekali masak. Nanti senang nak masak terus ambil sahaja.
5. Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen.
6. Petai akan membeku, kalau tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
7. Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...