Kuih apom lenggang ini hidangan yang popular di negeri sebelah Utara. Sedap makan dengan kaya, gulai ataupun sambal.
Cuma nak jumpa orang Melayu jual tak ramai. Jadi kalau nak makan kena usaha buat sendiri. Nak cuba buat? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Atika Nazirah.
Buat sendiri apom lenggang
Ini kuih kegemaran sis masa kecik-kecik dulu. Kuih ni sangat famous belah utara. Selalu balik sana susah nak jumpa orang melayu jual. Ada pun peniaga berbangsa India yang jual.
Jadi kita buatlah sendiri kalau teringin. Tak sangka menjadi apom lengang sis. Tepi2tu crunchy sangat, tengah pula lembut. Sebijik rasa macam yang beli kat pasar malam.
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut. Kisar.
2. Bila semua dah sebati, tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama sejam.
Ads
3. Kemudian buka dan kacau adunan dan masukkan kelapa parut kacau hingga sebati.
Ads
4. Seterusnya panaskan kuali sapu minyak, masukkan adunan sesenduk kemudian lenggang dan tutup. Bila dah agak masak dan kekuningan boleh angkat dan gulung. Siap.
Bila melalui kawasan pencawang elektrik kita pasti perasan pada kabel yang panjang itu akan ada bola-bola dipasang. Kita sendiri mungkin tertanya-tanya, apa tujuan bola itu dipasang di sepanjang wayar pencawang tersebut.
Menjawab kemusykilan tersebut bekas jurutera elektrik Paul Montgomery berkongsi info tentang fungsi bola yang dikenali sebagai Aerial Marker Ball.
Menurut beliau bola itu dipasang bertujuan untuk menjadi penanda aras keselamatan untuk pesawat, kapal terbang, belon udara panas atau penerjun udara.
Ia berfungsi untuk memberikan amaran visual kepada mereka yang berkenaan ini yang terbang rendah ( low-flying aircraft) supaya tidak melanggar kabel.
Warna yang biasa digunakan ialah warna oren, merah atau putih. Ia dapat dilihat oleh juruterbang pada jarak kedudukan beberapa ribu meter. Kapal terbang atau pesawat kebiasaannya akan terbang lebih rendah di lokasi gunung, lembah, tasik, sungai serta kawasan yang semakin hampir dengan lapangan terbang atau tempat mendarat.
Penanda bola itu diperlukan sebagai panduan kepada juruterbang supaya tidak berlanggar dengan wayar yang sukar untuk dilihat dari jarah jauh.
Nampak dari bawah kecil ,tetapi saiznya tidaklah seperti yang kita bayangkan.
Daripada sumber Federal Aviation Administration (FAA) bola penanda mempunyai saiz standard diameter tidak kurang dari 36 inci yang juga bersamaan dengan 91 cm. Saiz yang lebih kecil pada diameter 20 inci atau 51cm dibenarkan untuk dipasang sekiranya wayar itu hanya berketinggian 15 meter.
Berbeza warna ikut lokasi & pencawang
Bola ini juga mempunyai perbezaan dari segi warna dan ianya bergantung kepada lokasi pencawang.
Warna standard yang biasa digunakan ialah oren, kuning dan putih dan untuk dikawasan lembah dan sungai, pencawang ini dipasang dengan bola yang bercampur warna antara oren, putih dan kuning tadi.
Kedudukan bola pada pencawang dirancang untuk mudah dilihat pada jarak 4000 kaki atau 1219 meter radius ( jarak sekeliling antara pesawat) supaya ianya mampu dilihat oleh juruterbang dari setiap sudut.
Ada jarak tertentu
Bola ini berjarak antara 61 meter dengan bola yang lain, tetapi ia dipasang lebih dekat sekiranya di lokasi kritikal seperti lapangan terbang, lembah sungai dan sebagainya. Kedudukannya dikurangkan sekitar 10 hingga 15 meter.
Selepas perkongsian ini, diharapkan anda dapat mengetahui sesuatu yang baharu untuk hari ini. Sememangnya apabila kita melihat pemandangan udara, terutamanya diwaktu siang, ianya adalah satu pemandangan yang menarik apabila melihat bola tersusun cantik di permukaan udara.
Ia seolah-olah kita melihat bola yang berterbangan diudara. Namun ternyata ianya bukanlah bertujuan untuk pemandangan kerana ianya dipasang dalam keadaan yang sangat berisiko.
Ianya memerlukan kepakaran dan pengalaman yang sewajarnya, ia bukan sahaja melibatkan risiko ketinggian tetapi pekerja berhadapan dengan aliran eletrik pada kadar beri-ribu volt yang mungkin terkena kepada pekerja tersebut.
Selain bebola ini, terdapat juga penanda kepada kabel, yang dikenali sebagai Balisor. Balisor merupakan sistem lampu yang menyala, dan mempunyai fungsi sama seperti bebola penanda.
Sampai depan rumah menggagau beg cari kunci, sebelah tangan pula kendong anak, pegang barang lagi. Lagi geram kunci jatuh, atau salah ambil kunci pulak. Kan susah macam tu.
Ini alternatif untuk memudahkan kita membuka kunci rumah, caranya menggunakan smart door lock.
Siapa yang selalu menonton drama Korea mesti perasan rumah di sana pakai sistem kunci pintu canggih yang dibuka menggunakan kata laluan.
Tekan-tekan, pintu dah terbuka. Senang kan.
Antara yang menggunakan kaedah ini di rumah adalah Nuraihan Yan. Boleh baca perkongsian beliau ya jika teringin juga nak rumah ala Korea ni.
Cuma masuk password, tak perlu cari kunci
Sis memang selalu berangan nak rumah pintu ala-ala drama Korea. Cuma masuk password tak payah terhegeh-hegeh cari kunci dalam handbag sambil tangan kendong barang anak-anak
Pernah survey dekat home expo dulu harga untuk pasang smart door lock ni paling murah RM800++
Sis cuba alternative lain cari dekat Shopee and suruh kudrat si suami yang pasangkan.
Masa beli sis masih dapat harga RM300 lebih. Tapi nampak gaya sekarang macam dah naik harga. Shipping from Korea so ambil masa dalam 2 minggu jugak sebab sekarang macam dah ada restriction sikit untuk barang barcode scanning ni.
Nak install pun mudah
Nak install pun tak susah. Dah siap ada manual in English and cuma perlukan 32mm hole saw drill untuk tebung lubang pintu. Nak tebuk pun dah diberikan template. Bateri pun included sekali dalam box. Model yang ni boleh set guna password dan jugak boleh guna RF key tag (included dalam box).
Cuma kekurangannya tiada warranty sebab warranty cuma dalam negara itu saja.
Worth investment and sis puas hati setakat ni. Boleh tengok VIDEO ini utk lihat macam mana ia berfungsi.
Ramadan tahun ini sememangnya sangat berbeza daripada tahun sebelum-sebelum ini. Akibat virus kecil yang tak terlihat dek mata kasar hampir satu dunia termasuk terjejas pergerakan untuk mengelak penularan virus ini.
Puasa tahun ini sepanjang masa kita di rumah, hanya bersama keluarga, tak boleh keluar, tak boleh bekerja dan melakukan semua rutin yang jadi kebiasaan. Walaupun semuanya terhad, dan tidak seperti selalu namun hakikatnya ada hikmah tersembunyi yang seharusnya kita syukuri.
Perkongsian dari Taufiq Razif ini mungkin membuka mata kita.
1. Mungkin ini kali pertama kita fokus 100% berpuasa di Bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan persiapan Aidilfitri.
2. Mungkin ini kali pertama kita boleh fokus 100% terawih bersama anak anak dan isteri.
3. Mungkin ini pertama kali pahala puasa kita tidak terganggu oleh dosa mata ketika mengunjungi Bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelum ini.
4. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan Uzlah dan bersunyi sunyian hati kita bersama dengan Ilahi
5. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita terhindar daripada pergaulan bebas dan waktu solat yang tidak dijagai
6. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri untuk refleksi hati dan diri kita sendiri
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)