Selain laksa utara, laksa Johor, laksa pantai timur, hidangan asam laksa juga ramai peminatnya.
Kuahnya memang tak pekat macam laksa biasa tapi sedap. Ada rasa masam, manis dan pedas. Cumanya kita jarang buat sendiri, selalu ke makan di luar jika teringin. Salah satu tempat dituju adalah De Laksa ataupun Ah Cheng Laksa.
Tapi nak buat sendiri pun boleh ikut resepi asam laksa original, versi Cina yang dikongsi oleh Faiza Halim.
Ada peminat asam laksa dak? Asam laksa original (versi cina). Sapa suka makan Ah Cheng Assam Laksa mesti teringat masam terangkat dia macam mana.
Kuahnya tak pekat, tak cayaq, isi ikan seketul-seketul gitu. Memang terangkat.
Cara buat macam laksa biasa jugak, ada beza key ingredients sikit sikit ja. Ini resipinya bersama gambar.
1. Ini bahan wajib condiments untuk asam laksa:
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan
Otak udang yg dicairkan (tiada dalam gambar)
Lain-lain macam biasa, nak letak salad pun boleh
2. Bahan pes – kisar semua bahan ini
Bawang besar
Bawang merah
Bunga kantan sebatang
Kunyit hidup -sebesar jari kelingking
Lengkuas – sebesar ibu jari
Serai – 5 batang
Asam keping – 10 keping
Cili merah
Cili kering
Belacan 2 sudu besar (dibakar)
3. Tumis pakai minyak sikit saja bahan pes sampai naik bau.
4. Dah wangi bahan tumis masuk bahan ini iaitu;
Asam jawa dalam 2 sudu besar (bancuh dengan air)
Bunga kantan 2-3 kuntum
Daun kesum
5. Kemudian masuk isi ikan yang dah direbus seketul-ketul begini. Tak payah blend. Reneh ikan sekejap saja supaya asam semua meresap dalam ikan.
6. Ikan untuk resepi ini saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak (air rebusan simpan).
Nak guna ikan sardin/selayang pun sedap. Tapi sebab ikan ini saja yang fresh waktu saya beli, maka saya guna yang ini.
7. Seterusnya masuk semua air rebusan ikan tadi. Kemudian tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat. Kena pandai adjust ya.
8. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2-3 sudu besar, garam dan serbuk perasa.
Otak udang ini rasanya manis, kalau letak terlebih kuah akan jadi manis. So hati-hati.
Masa hidang boleh cedok isi ikan seketul-seketul ya. Sedapnya….
Selamat mencuba.
Sumber: Faiza Halim.