Buat Sendiri Ayam Bakar Ala Pizza Hut. Gaul, Perap, Masuk Air Fryer Senang Saja

Share

Kalau makan pizza di restoren ini selalu kita akan order ayam bakar ini juga. Memang sedap, ada rasa pedas dan manis sikit, confirm menjilat jari.

Tapi jika ramai yang nak makan, elok rasanya kita buat sendiri. Takdelah banyak belanjanya seperti kita beli. Jom buat, caranya dikongsi oleh Mihah Rosle

.

Bahan-bahan

Ayam bahagian sayap 10 ketul – potong 2
Serbuk cili – 3 sudu
Madu – 3 sudu
Sos tiram – 3 sudu
Kicap manis – 3 sudu
Gula – 2 sudu
Limau kasturi kecil – 1 biji
Garam & serbuk perasa (secukup rasa)

1. Basuh ayam bersih dan gaul dengan semua bahan di atas. Jika tak suka manis, kurangkan gula. Tak mahu letak pun boleh.

2. Perap ayam, lagi lama lagi best. Ikut suka berapa lama nak perap. Jika tak sabar boleh saja bakar terus.

3. Saya guna air fryer suhu 170-180, 10-15 minit. Kemudian balikkan, suhu yang sama jugak.

Siap! Yummy!

Selamat mencuba.

Sumber: Mihah Rosle.

 

Published by
VK